m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, April 29, 2011

Nak berkawan dengan negro Nigeria?

Kali pertama aku mengenali warga Nigeria ialah masa aku belajar kat Amerika dulu. Sorang tu classmate aku. Kitorang ada buat satu assignment pasal traffic planning. Cakap dia memang sebijik macam Negro Amerika. Dia kerja part time sebagai security officer. Karaktor dia okay-lah jugak. Agak humble. Cuma masa group discussion dia selalu tak datang. Sorang lagi aku kenal masa kat court tenis. Masa tu aku takda partner nak main tenis. Lalu aku nampak sorang mamat ni jalan ke hulu ke hilir bawak reket, lalu aku ajak dia main tenis. Dia memang handal. Setakat tu jelah aku kenal dia.

Kali ni saja aku nak bukak cerita pasal orang Nigeria. Kat KL pun dah kebanjiran warga kulit hitam ni. Ada yang datang sebagai student. Yang lain sebagai apa? Aku pun tak tau. Yang aku tau diorang ni memang kaki kelentong. Warga Nigeria ni memang suka merantau. Bukan saja kat Malaysia, kat negara-negara Eropah dan Amerika pun dia pergi demi mencari sesuap nasi. Tak kiralah cara yang halal atau sebaliknya.

Pada Februari 2008, boss tiba-tiba panggil aku dan cakap suruh siapkan pasport pasal nak pergi overseas. Wah, seronok jugak aku time tu. Nak ke mana? Ke Australia, New Zealand, Switzerland, Los Angeles, Korea, Jepun? Rupanya dugaanku meleset. Aku kena teman boss aku pergi Nigeria! Adus! Ada apa kat Nigeria? Mau tak mau kena pergilah jugak pasal dah takda orang lain. 


Bagi yang tak tau Nigeria tu kat mana, biar aku kisahkan sikit lokasinya. Ia terletak di sebelah barat benua Afrika. Dikelilingi negara Niger, Chad, Cameroon dan Benin. Tu jelah yang aku tau pun. Lagi satu pemain bola sepak dia ramai jugak yang beraksi di liga-liga Eropah, termasuklah liga Inggeris.


Bertolak dari KLIA kira-kira jam 11 malam dan tiba di Lagos, Nigeria kira-kira jam 2 petang waktu tempatan. Sesampainya di airport, aku dapat menyaksikan suasana "kegelapan". Bersendirian di bumi Nigeria, aku melangkah kaki dengan penuh suspen. By the way, boss aku naik kapalterbang lain - first class pulak tu. Perkara pelik pertama yang aku saksikan adalah ketika turun menggunakan escalator. Hujung escalator tu terletak dekat sungguh dengan sebuah pintu transit. Kat situlah jugak tempat orang beratur. Bila sampai bawah memang berlaga & accident-lah antara orang yang sedang beratur dengan orang yang tengah berdiri di escalator. Dari segi design layout memang fail!



Kat luar airport aku disambut oleh seorang drebar yang memegang kertas bertulis nama aku. Drebar tu suruh aku tunggu kat satu sudut sementara dia pergi ambil kereta. Jauh parking-nya. Sementara tunggu tu ada pulak satu mamat yang sangat fasih cakap Inggeris tegur aku. Aku dah mulai agak, ini mesti bala nak sampai ni. Dalam keadaan berhati-hati aku layan cakap dia. Tak lama lepas tu kereta yang jemput aku pun datang. Mamat yang cakap dengan aku tadi cepat-cepat tolong angkatkan beg aku masuk dalam bonet belakang. Aku ingatkan dia saja nak membantulah. Tapi lepas tu dia mintak duit kat aku. Bersungguh-sungguh pulak tu. Dalam keadaan terdesak dan suspen, aku bagilah nilai yang terkecil yang aku ada iaitu USD10!



Aku dibawak ke sebuah tempat penginapan yang sangat besar dan santai. Ruang dalaman yang luas dan selesa. Aku kira-kira pertukaran mata wang Malaysia, kalau tinggal kat situ satu malam bernilai RM300-RM400. Inilah satu-satunya yang best mengenai kunjungan ke Nigeria bagi aku.

Keesokan harinya, aku dan boss aku bermesyuarat dengan ahli korporat Nigeria. Lepas tu kami pun buatlah site visit. Ronda-ronda di tengah kota. Adalah suatu pantang untuk mengambil gambar atau ber-posing sesuka hati kat situ. Nanti kita akan dikerumuni kutu jalanan yang jumlahnya boleh mencapai puluhan orang. Badan sorang-sorang memang tough. Puak-puak ni akan bagi kita suspen dengan gertakan mereka. Lepas tu apa lagi, dia orang paulah minyak duit. Nasib baik mereka tak sempat pau kami waktu tu. Kami cepat-cepat masuk kereta dan beredar.



Trafik kat bandar Lagos memang teruk gila dia punya jem. Sana sini orang tekan hon. Ada sekali tu drebar kami telah buat hentian tepi jalan kat tempat-tempat yang tak berapa sesuai. (Dia berhenti pun sebab boss aku yang suruh). Lepas tu bila polis trafik nampak, apa lagi, dia tahanlah suruh berhenti. Tapi drebar kami tak nak berhentikan kereta walaupun polis tu dah berdiri kat depan kereta. Drebar kami tekan je minyak macam nak langgar polis tu sampaikan polis terpaksa beredar dalam kemarahan. Dia hentak kereta kami dan patahkan side mirror. Polis trafik kat sini tak ditakuti oleh orang awam. Badan kecik-kecik, takda senjata, belantan pun tak ada. Yang ada cuma kayu buat rumah yang dijadikan belantan. Memang tak mengerikan langsung. Drebar kami siap mencarut lagi dalam bahasa Nigeria. Drebar kami kata, kalau dia berhenti, teruk kami akan di-pau oleh polis-polis tu. Kami berterima kasih kepada drebar kami.




Aku balik ke KL setelah kira-kira 4 hari berada di Lagos. Ketika nak check-in (sorang-sorang, pasal boss aku naik kapal terbang lain), aku telah didatangi oleh beberapa orang. Dia kata kat aku kalau beratur untuk check-in mau makan berjam-jam. Lalu dia desak aku serahkan pasport aku dan dia uruskan dengan mengambil borang departure, isikan borang dan lepas tu dia mintak kat aku suruh bayar USD100. Aku terkejut hippopotamus! Dia kata lepas bayar banyak tu kastam-kastam kat sebelah dalam takkan kacau aku lagi pasal duit tu akan diagih-agihkan kepada mereka semua. Aduh! Korupsi betullah diorang ni. Oleh kerana aku dah terkena jerat, maka aku bagilah dia USD80 (setelah tawar-menawar). Itu pun mamat tu macam marah je kat aku.

Bila masuk dalam, ya, memang betul kastam pertama tak check beg aku. Tapi lepas tu ada pulak kastam kedua, seorang wanita berbadan besar. Dia periksa beg aku sambil berkata, "Do you bring anything for your friend?" Nak mintak duitlah tu. Aku siap merayu-rayu suruh dia jangan mintak apa-apa kat aku pasal kocek aku dah kering. Kastam tu akhirnya lepaskan jugak aku. Ada pulak kastam ketiga. Perempuan jugak. Dia pun pakai dialog yang sama, "Do you have anything for your friend?" Bila aku cakap tak ada, dia siap boleh jawab pulak tu, "You don't want to make friend?" Ada jugak yang nak kena penampar dengan aku nih! Setelah membuat satu lagi rayuan, akhirnya aku dilepaskan. Fuh! Lepas tu baru boleh tunggu kapalterbang. Masa tunggu kapalterbang tu, aku terjumpa seorang rakyat Malaysia yang dah lama kerja kat Nigeria. Dia kata lain kali kalau diorang mintak apa-apa, buat dirt aje sambil senyum. Aduh! Mana aku tau. Jumlah aku kena pau pada waktu tu adalah USD90. Kalau tukar duit Malaysia adalah dalam RM300. Banyak tu! 




Tapi aku bersyukur jugak dapat pergi ke Nigeria tempoh hari. Walaupun pengalamannya tak berapa indah, tapi pengajarannya sangat bermakna bagi aku. So korang kalau jumpa warga Nigeria kat KL, janganlah malu-malu. Tegurlah mereka dengan perkataan, "Do you want to make friend? Do you bring anything for your friend?" Kerana itulah budaya mereka kat negara sendiri - pau orang dan korupsi yang dahsyat!






Thursday, April 28, 2011

Pelajar praktikal dah nak masuk sekolah balik

Firma tempat aku kerja sekarang memang macam tu. Tiap-tiap penggal akan ambik budak praktikal kerja kat sini. Tak kiralah level sijil atau level diploma. Maka esok adalah hari terakhir student praktikal ni kerja kat sini. Lepas tu diorang akan masuk balik politek untuk sambung dan habiskan belajar. Pelajar pertama dari Politeknik Tanjung Karang. Nama dia Shaz. Pelajar kedua dari Politeknik Port Dickson. Nama dia Wan. Kedua-duanya pelajar berbakat besar. Sapa-sapa nak ambik diorang kerja lepas ni bolehlah kontek aku.

 
 

Tadi siang kami buat makan-makan ala farewell untuk mereka. Tapi yang seronoknya mestilah staf yang permanent. Memang selalu dapat makan besar. Budget yang diberi kepada kami oleh pihak pengurusan adalah RM150. Cukuplah tu. Kami bertujuh menghala ke Bandar Baru Bangi dan pergi ke restoran western bernama Restoran D'One Steak. Tahun lepas makan kat sini jugak. Tapi aku tak kenyang. Kali ni nampak gayanya sedang elok aje tahap kenyang aku. Daging steak dia agak liat sikit. Jenuh aku kunyah sampai dekat beratus kali baru telan. Last-last bila dah penat mengunyah, aku main telan aje bulat-bulat macam ular telan ayam. Malah masa aku menelan tadi, lembu tu masih bunyi moooo lagi. Minggu depan staf ofis ni kurang dua oranglah. Nasib baik baru lepas submit projek urgent. Kalau tak mesti kelam kabut. Dan kami akan menanti lagi, siapa pulaklah dua orang mangsa berikutnya.



Badminton - "The Return Of Ali"

Hari Rabu semalam aku ke gelanggang badminton lagi. Menunggu aku di tepi dewan adalah Faiisal, Hidayat & Ali. Ya, Ali! Dah lama Ali tak turun gelanggang kerana menghadap buku bersedia untuk menghadapi SPM hujung tahun nanti. Kali ini Ali membebaskan dirinya dari belenggu pengajian seketika. Nasib baik jugak Ali datang. Ngam-ngam 4 orang untuk bermain bergu.

Aku mulakan permainan dengan penuh semangat dan penuh fokus. Puas hati aku. Ada kalanya menang, ada kalanya kalah. Itu tak penting. Permainan aku lebih fokus. Itu yang lebih utama. Tapi bila tiba set terakhir pada malam itu, ketika aku berpasangan denagn Hidayat menentang Faiisal dan Ali, fokus aku hilang entah ke mana. Puas aku mencari namun tak jumpa. Rupa-rupanya fokus Hidayat jugak hilang. Huru-hara dan kelam-kelibut permainan kami sehingga membawa kepada kekalahan.


Bercerita pasal Ali sikit. Walaupun dah dua tiga bulan tak main, namun skil di jaringnya tetap tak luntur, malah ada kalanya lebih menyerlah. Tahniah! Ketika aku partner dengan Faiisal menentang Hidayat & Ali, Faiisal telah tiba-tiba naik sheikh. Faiisal mengumpul segala tenaga dan menghayun reket seperti mencangkul lalu mengungkapkan kata-kata berikut, "Yeah! Ini dia kuasa angin lintang dari gunung Fujiyama bergabung dengan taufan Karakatoa!!! Terimalah padahnya!!!" Sebijik macam cerita kartun Jepun. Lalu Faiisal membuat smash super-kencang dan mengena tepat ke dahi Ali. Bulu tangkis mendesit dan terpacak di dahi Ali sampai tak dapat dicabut lagi. Dengan segera aku membawa Ali ke hospital berdekatan. Dan setelah dibedah siasat, tangkis itu berjaya dikeluarkan. Doktor bedah sempat berkata, "jangan bimbang, dia dalam keadaan stabil." Sejurus keluar dari hospital, Ali sambung main badminton dan kali ini pukulannya lebih berbisa. Rupanya, hentakan tangkis tadi telah men-tune saraf Ali untuk menjadi lebih hebat dalam permainan semalam. Suatu hal yang mengagumkan.

Tangkis yang hinggap tepat di dahi Ali.

Wednesday, April 27, 2011

Buat kad pengenalan untuk kali pertama

Minggu lepas anak sulung aku, Syahmie dah cukup umurnya 12 tahun. Maknanya dah boleh buat i/c-lah. Semalam aku bergegas pulang dari ofis ambil Syahmie menghala ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kat Taman Maluri. Itulah yang paling dekat dengan rumah aku. 

Sesampai kat kawasan Maluri, aku tercari-cari mana satu bangunan JPN ni. Tak jumpa. Aku tanya seorang boss keturunan Cina berpakaian kemas yang sedang lepak berhampiran. "Boss, itu JPN dekat mana? You tau tak?" "Oh, dia sudah pindah. Taman Shamelin", jawabnya dengan penuh konfiden. "Eh, nanti dulu. You tanya itu jaga keretalah". Tiba-tiba boss tadi jadi kurang pasti dan mengarahkan aku untuk tanya orang lain pulak. Dan bila aku tanya penjaga parking kereta, kata mereka, "kat bangunan sebelah aje." Fuuhhh.. Nasib baik aku tak terus ke Shamelin. Memandai-mandai aje boss tu kata JPN dah pindah.

Kat JPN tak ramai orang sangat. Tapi masih kena tunggu agak lama sampaikan mengantuk aku dan Syahmie. Teringat aku masa aku baru berumur 12 tahun dulu, ayah akulah yang bawak aku kat Chow Kit buat i/c. Sekarang aku bawak anak aku pulak. Hmmmm.... Nostalgik pulak rasanya. Syahmie selamat buat i/c - ambil cap jari dan bergambar. Aku jugak buat i/c baru pasal chip dalam i/c lama dah rosak.

Beberapa perkara yang aku baru perasan / tau mengenai JPN:
1.  Ketua Pengarah JPN sekarang adalah yang ke-17.
2.  Ketua Pengarah JPN yang pertama, kedua & ketiga adalah mat saleh. 
3.  Ketua Pengarah JPN yang ketiga bernama MacDonald. Aku rasa dialah yang bawak masuk burger McD kat Malaysia.
4.  Ada bilik perkahwinan kat JPN. Siapa yang nak kahwin kat situ yek?
5.  Kalau nak daftar bayi baru lahir, isteri @ ibu kena hadir sekali. Pelik jugak, pasal dulu masa aku daftar anak, wife aku tak ikut pun. Mungkin untuk yang bukan warga negara Malaysia kot.


Sunday, April 24, 2011

Ayahanda tercinta dah berusia 81 tahun

Tanggal 24 April 2011 (Ahad) adalah tarikh hari jadi ayah aku yang ke-81. Kami raikan secara kecil-kecilan di rumah kami. Beli kek kat KL dan aku suruh penjual tu tulis ucapan kat atas kek. Tapi tersalah perkiraan pulak. Aku ingatkan umur ayah aku 82 tahun, tapi rupanya baru 81 tahun. Jadi kat kek tu dah salah tulislah. Tapi takpa. Yang penting ada kek dan ada keraian sedikit sebanyak. Kek tu kecik aje, sekali hadap dah habis. Dengan lilin dan api dia sekali kami lantak sampai licin. Emmmmm....nyam nyam nyam...






Ulat hijau di Bandar Seri Putra

"Ulat-ulat itu sebegitu banyak merayap pada pokok-pokok ketapang yang memang banyak tumbuh liar di kampung ini. Daun-daun ketapang habis dijamah ribuan ulat sehinggakan setiap ranting jadi ketandusan daun dibuatnya." Begitulah cerita seorang perempuan tua yang tinggal bersendirian di sebuah teratak di pinggir kampung.

Warga kampung tak duduk diam lalu bermesyuarat dan JKKK telah memutuskan untuk menawarkan harga lumayan bagi mereka yang menangkap ulat-ulat durjana ini. Lalu orang-orang kampung berjaya menghimpunkan bertan-tan ulat berwarna hijau yang dimuatkan di dalam guni. Masing-masing buntu tak tau nak dibuat apa dengan ulat hijau yang sebegitu banyak itu. Sehinggalah tampil seorang mamak menyatakan hasrat untuk membeli ulat-ulat itu. 

Ulat yang telah dibeli dibasuh, diproses, dikisar lumat dan dicampurkan dalam santan sejuk lalu dijadikan juadah istimewa penghapus dahaga. Itulah sejarah penciptaan cendol! (Yalah tu...)

Di Bandar Seri Putera kami singgah di sebuah warung kecil tepi jalan untuk menikmati cendol ketika tekak sedang kering dan kehausan. Taklah hebat rasanya. Cendol dan kacang merahnya pun masih beku ketika ia disajikan kepada kami. Namun demikian yang enaknya adalah duduk anak beranak bawah pokok sambil minum-minum dan dihembus bayu highway KL-Seremban. Itu lah yang seronoknya. Jadikan benda kecik-kecik macam seronok sangat akan menghindarkan rasa kebosanan dalam kehidupan seharian.



Sedapnya...

Menyedut ulat hijau yang masih menguit-nguit di dalam mangkuk.

Bersantai di bawah pokok.


Bersiar-siar di ofis Bandar Seri Putra

Tengah hari tadi kami anak beranak menuju ke Bandar Seri Putra untuk bersiar-siar. Bukan ada fun fair hebat kat situ. Jualan murah pun takda jugak. Apatah lagi konsert Jom Heboh. Memang takda langsung benda-benda yang macam tu. Yang ada hanyalah ofis aku. Jadi aku pun bawaklah seluruh famili aku untuk melawat tempat yang hebat ini. Ofis aku memang tengah semak sikit buat masa ni pasal tengah banyak kerja nak dilangsaikan. Jadi aku taklah ambil shot kat ruang dalaman ofis. 

Aku ke ofis sebenarnya cuma untuk ambil dokumen untuk meeting besok pagi dekat kawasan KLCC. Anak bongsu aku, Amier nampaknya macam suka bebenor dengan ofis aku tu, walaupun sebenarnya takda apa-apa yang menarik mengenainya. Tapi Amier suka main sembunyi-sembunyi bawah meja. Budak-budak baya Amier benda-benda macam tu pun boleh jadi syok & fun!




Saturday, April 23, 2011

Main tenis di padang pasir

Petang semalam dapat sms dari abang Haji Nordin. Dia kata besok ada tenis kat Titiwangsa, tapi cuma sejam aje (8-9 pagi) pasal court penuh. Lalu aku pun berazam nak datang awal biar dapat main lama sikit. Bila tiba hari Ahad pagi, dalam keadaan keletihan pasal semalam sehari suntuk berpulun kat ofis buat kerja, aku pun bangkit dan menyiapkan diri ke gelanggang. Agak terlewat sikit datang pasal mata masih mengantuk. Tapi pasal semangat nak main tenis punya pasal, aku gagahkan jugak badan aku.

Sampai court kira-kira jam 8.30 pagi (dah rugi setengah jam). Warm up lebih kurang lepas tu kami terus main. Aku partner dengan Abang Nordin & Foong partner dengan Nas. Cuma kami berempat aje yang hadir. Selalu dapat main court teduh, kali ni kena main court yang panas. Macam main kat padang pasir je. Orang-orang yang lalu-lalang pun aku nampak macam unta je. Pokok hijau aku nampak macam pokok kurma. Memang cepat penat bermain bawah terik mentari.

Walaupun dalam keadaan penat, permainan kami lebih memuaskan dari selalu. Lebih bersungguh-sungguh. Aku sebenarnya dah lama tak main tenis dengan Nas. Kali ni Nas main jauh dah improve. Boleh nampak kemajuannya yang hebat. Aku masih geram pasal aku punya net play & volley terlalu teruk. Banyak point hilang masa aku duduk net. Tapi takpa. Practice lebih banyak akan mem-perfect-kan permainan. So, waiting for the next session.

Selamat hari jadi Syahmie - 12 tahun

Hari Jumaat lalu pada 22 April 2011, ialah hari jadi anak sulung aku Muhammad Syahmie yang ke-12. Balik dari pejabat petang tu, aku suami isteri bawak balik 3 ekor ayam yang dah dikerat 8 dan dimasukkan dalam baldi untuk dimakan seisi keluarga. Ayam-ayam tu berasal dari Amerika. Merujuk kepada loghat dia aku rasa ayam-ayam tu berasal dari negeri Kentucky. Jadi malam tu kami semua makan 3 ekor ayam yang dikerat lapan yang berasal dari Kentucky, Amerika yang telah digoreng.

Ibu aku pulak masak kek cokelat bersulam buah peach kat atas dia. Rasa dia memang hebat dan sangat sedap. Selepas menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi yang baru dicipta oleh Datuk Ramli MS khas untuk Syahmie, api yang membakar lilin pun dipadam oleh pihak bomba setelah aku mendail 999 meminta mereka memadamkan api tersebut. Jamuan malam tu memang ringkas dan dihadiri oleh kami anak beranak aje. Tapi suasana cukup meriah dan Amier sempat menghadiahkan kepada abangnya sebingkis kad ucapan hari jadi yang dilakar sendiri. Kepada Syahmie, papa doakan agar Syahmie sentiasa dalam redha & rahmat Allah dan membesar sebagai da'ii yang menyebarkan syiar Islam ke seluruh alam.








Thursday, April 21, 2011

Yang muda-muda main badminton

Malam hari Rabu main badminton lagi. Kali ni yang hadir semua golongan muda. Aku sorang je yang senior. Selain aku, turut datang ialah Kois, Faridz, Faiisal, Taufik, Akid, Rahim dan Bukhari. Best jugak main semalam. Tapi semua orang musykil apasal Faiisal main teruk betul semalam. Bak kata Hj Hasbullah Awang, "Apa dah jadi, serba tak menjadi". Faiisal nak dikirakan adalah one of the best players dalam geng kami. Mungkin sebab main court yang berbeza kot. Selalu main di court B, tapi semalam main kat court A. Tapi Akid dan Kois punya performance ada up sikit. Kois semalam dapat kawal permainan dan almost perfect dalam drop shots-nya. Memang tak sabar nak main lagi minggu depan.


Wednesday, April 20, 2011

Melawat makcik kat kampung Asam Jawa

Sabtu lalu ada jemputan kahwin kat Kuala Selangor. Jadi kami satu keluarga pun pergilah jemputan tu. Kalau dah sampai kat Kuala Selangor, memang kami akan singgah rumah makcik aku kat Asam Jawa. Yang penting kalau pergi situ mesti nak pekena dia punya teh tarik. Memang kaw giler! Bayangkan macam wabak "mad cow disease", macam tulah hebatnya teh tarik dia. Kekadang tu kami siap bawak bekas tapawer (Tupperware) nak dibekalkan masa balik nanti. Kami jugak suka makan tengahari kat situ. Menu yang pasti menyayat kalbu adalah daging masak lomak cili api. Woooouuuuhhh!!! Boleh berasap kepala. Pekena plak dengan jeruk tenggiri goreng, memang boleh pengsan kalau makan ikut perasaan. Tapi itulah kelebihan makan minum kat situ.

Kami juga berkesempatan menengok kereta kakak aku jenis Proton Satria yang dah ditukar colour dari hijau ke merah. Memang cun dan menyala-nyala. Sepupu aku yang uruskan kereta kakak aku tu. Belum siap sepenuhnya facelift Satria tu. Kalau dah siap nanti bolehlah aku menerai (men-try) pandu pulak.

Teh tertarik terhebat!
Kereta Satria milik kakak aku.

Ada orang kahwin kat Asam Jawa

Sabtu lalu kami sekeluarga berangkat ke Asam Jawa, Kuala Selangor untuk menghadiri satu jemputan perkahwinan saudara kami. Majlis tu biasa-biasa aje. Ia dibuat di sebuah dewan orang ramai JKKKKKKKKKKKKK (nama pendek untuk Jawatan Kuasa Kampung Kecil Kendalian Kerabat Keluarga Kebanyakan Kelompok Kesatuan Kumpulan Kesenian Kompang Khatulistiwa). Kami makan pun lebih kurang aje pasal belum terlalu lapar sangat.

Yang agak menarik mungkin sebab ada live band yang mendendangkan lagu-lagu trash metal rock seperti lagu-lagu Cromok, AC/DC, dan jugak lagu-lagu Scorpion, Deep Purple dan Metalica. Semua tetamu terhangguk-hangguk mengiakan kata-kata penyanyi yang mengalunkan lagu.

Yang lebih menarik lagi adalah moto yang tertulis pada belakang baju penanggah - "Yok Rewang". Maknanya tetamu yang hadir tu janganlah duduk bersantai aje. Sila-silalah ringankan tulang sama-sama mengemas meja, membasuh pinggan dan menghidang lauk pauk. Macam biasa anggota Rela telah mengawal lalu lintas dengan begitu cemerlang sekali.


Adik beradik mak aku - pakcik & makcik aku.

Nyam nyam nyam...

Masih nyam nyam nyam...


Rockers kampung in action.