Petang semalam aku dan Ejoy menjalankan tugas meneroka satu tapak projek yang terletak di kawasan Sepang. Memang kami tak pernah pergi tempat tu. Tapi oleh kerana Ejoy begitu daring dan yakin, maka kami redahlah segenap lebuhraya, hutan, belukar, paya, kampung orang asli, bukit-bukau dan gunung-ganang demi mencari tempat yang agak terpencil itu. Setelah puas mengembara, akhirnya kami sampailah ke lokasi yang dicari-cari. Ejoy memang hebat. Walaupun tanpa bantuan GPS, tanpa peta dan tanpa pertolongan co-pilotnya (iaitu aku) dan sambil mata tertutup pulak tu lagi, kami masih boleh sampai ke destinasi.
Sesampai di sana, aku dan Ejoy terus berdiri terpaku dalam kekaguman. Tapak yang terdapat sebuah tasik besar yang sangat cantik dan indah memang menjadi kegilaan muda-mudi remaja masa kini. Setelah hampir sejam senyap terpaku akhirnya kami tersedar dari lamunan. Kalau anak-anak kecil melihat tempat ini, pasti mereka akan meloncat-loncat ingin mandi. Kalau mat saleh pulak, mesti mereka nak bergolek-golek atas pasir sambil sapu losyen sun-tan-nya dengan memakai pakaian tak cukup kain. Sedang aku pulak membayangkan betapa seronoknya dapat snorkling, menyelam sambil berentap dengan sotong dan jerung, dan menaiki kapal Titanic sambil menembak paus sperma dengan tarpoon. Tiba-tiba Ejoy mengingatkan aku bahawa itu adalah tasik air tawar dan bukannya laut. Maka aku adjust pulak aku punya imaginasi kepada memburu kelah, tengas dan sebarau, serta menembak ikan arapaima gergasi.
Waaahhh... tempat ini kalau dibangunkan resort memang hebat. Cuma aku harap sesiapa yang bertanggungjawab menjaga dan menyelenggara tempat ini akan melakukan tugas mereka dengan baik agar kemolekan tasik dan sekitarannya akan terus dapat dinikmati dan dihayati oleh banyak generasi.
No comments:
Post a Comment