m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, March 27, 2011

Ardy+Zila: Dah selamat

Ardy dan Zila telah selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat 25hb Mac 2011. Acara selanjutnya selepas pasangan ini sah bergelar suami isteri adalah upacara pembatalan air sembahyang, pakaikan gelang, isteri cium tangan, suami cium dahi. Ini memang dah jadi rutin biasa bagi pasangan yang baru berkahwin. Jurufoto memang menanti-nanti saat ini nak ambil gambar. Aku tak terkecuali.

Aku pun tiba-tiba terfikir. Kalau setakat nak batalkan air sembahyang, boleh tak buat laga-laga pipi? Instead of pakaikan gelang atau cincin, boleh tak pakaikan anting-anting? Isteri cium tangan suami tu kira dah tak boleh nak di-adjust lagilah kot. Tapi suami boleh tak cium dagu atau tengkuk isteri? Saja nak buat kelainan. Tapi orang mesti kata dah buang tabiat. Jangankan orang, aku sendiri pun akan cakap dah buang tabiat. Okay lah. Buat ajelah yang biasa-biasa. Tak payah terlalu kreatif. Kalau nak kreatif boleh, tapi BUKAN di depan kamera!




No comments:

Post a Comment