Hari Sabtu 26 Mac 2011, tak ada majlis riuh rendah. Rasanya amat wajar majlis kerohanian diselitkan di sini. Upacara khatam Quran dan marhaban dilangsungkan kira-kira jam 10 pagi oleh jemaah wanita. Jemaah marhaban lelaki rasanya macam dah kurang sekarang ni. Perlu ada pelapis. Wahai cucu-cucu Atuk Atan, sanggup sahut cabaran ini? Fikirlah dulu, jawab kemudian.
Sementara jemaah wanita berzanji & marhaban, jemaah lelaki duduk di luar rumah di dalam khemah berbincang-bincang soal kerja, soal keluarga, soal mancing, soal kereta, soal politik dan soal apa saja yang boleh dipersoalkan.
Majlis marhaban selesai kira-kira jam 1.00 tengah hari.
No comments:
Post a Comment