m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, March 23, 2011

Badminton 4 bersaudara

Hari badminton menjelma lagi. Aku memang dah agak malam tu tak akan ada ramai players pasal ramai yang akan tolong Kak Long buat persiapan untuk kahwinkan anaknya Zila hujung minggu ni. Aku sebagai coordinator terpaksalah turun gelanggang pasal semua perkakas ada kat aku. Dan aku memang nak turun main pasal nak lepaskan tension kerja kat court.

Yang hadir cuma aku, Faiisal, Akid & Hidayat. Entah apa yang merasuk kami, permainan pada malam tadi sangat mengecewakan. Aku tak boleh fokus pasal asyik teringat kerja ofis yang dateline-nya hari Jumaat ni. Faiisal tak boleh fokus pasal angin gelinya dah datang. Asyik nak ketawa jer Faiisal walaupun takda benda yang kelakar. Hidayat tak boleh fokus pasal memikirkan hari bertanding lari dah semakin hampir, dan persiapan belum cukup lagi. Dan Akid pulak tak boleh fokus pasal teringat burger kambing kat meja rumah tadi yang tak sempat dimakan. Entah entah dah ada orang yang bedal.
 

Walaupun permainan kami tak berapa fokus, namun kami tetap banyak membuat pukulan-pukulan bak halilintar sehinggakan reket aku dan Hidayat putus talinya. Itu tak masuk reket yang patah tangkai dan tiang net yang terbengkok serta lantai court yang retak-retak kerana terlalu ganas kami bermain.


Selepas puas bermain double, kami main single pulak. Permainan single Hidayatlah juaranya. Aku terpaksa break beberapa kali ambik oksigen. Sedangkan Hidayat dan Faiisal dengan selambanya berlari ke hulu ke hilir mengejar tangkis tanpa ada masalah. Aku harap minggu depan kami boleh main ala-ala pro. Barulah puas.


No comments:

Post a Comment