m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, March 19, 2011

Ikan naik harga!

Aku memecut ke pasar borong Selayang selepas subuh dalam keadaan separuh sedar separuh mengantuk. Sesampai di sana aku meluru terus ke seksyen ikan keli. Angkut 4 kilo dengan harga RM3.80 sekilo. Lepas tu cari ikan-ikan lain termasuklah cencaru (RM5.00 sekilo), kembung (RM8.00 sekilo), siakap (RM13.00 sekilo), sardin (RM6.50 sekilo) dan udang saiz sederhana kecil (RM13.00 sekilo). Harga keseluruhan lebih tinggi dari biasa. Cili merah pun dah naik kepada RM8.00 sekilo. Begitu jugak dengan serai yang kini berharga RM2.50 seikat.  Tsunami kat Jepun, ikan kat Malaysia jugak yang terkesan.


No comments:

Post a Comment