Tepat jam 3 petang Jumaat, 25 Mac 2011, rombongan pihak pengantin lelaki, Ardy tiba. Tak sesaat lebih, tak sesaat kurang, mereka datang sepertimana pada waktu yang telah dijanjikan.
Ardy yang dipayung dan dikipas oleh pengapit setianya berjalan bak raja (bukan Raja Gopal) sambil berkata-kata, "Mana bakal permaisuriku? Yeah, beta sudah mariiii..." Pihak tuan rumah menyambut kehadiran tetamu dengan wajah tersenyum riang, sambil tersengih, sambil ketawa terbahak-bahak, bagi mempamerkan suasana kemeriahan yang cukup gemilang. Turut dibawa oleh pihak pengantin lelaki adalah hadiah hantaran yang berupa wang mas kahwin, perhiasan wanita, pakaian, kitab terjemahan Al-Quran, kereta mewah, bekalan makanan untuk setahun, rumah kondo, kereta kebal, bulan dan bintang yang diletakkan di atas dulang yang berhias. Hebat!
No comments:
Post a Comment