Badminton bulan Mac telah bermula semalam. Dan malam semalam merupakan detik penuh emosi buat semua pemain. Tak ada angin maupun ribut, masing-masing dirundung suatu perasaan yang amat menyentuh kalbu dan emosi.
Faridz emosi kerana setiap smash-nya mendongak ke atas dan tidak menjunam ke bawah. Abby emosi kerana setiap service-nya tersasar hingga ke gelanggang bersebelahan. Faiisal emosi kerana jumping smash-nya menyebabkan lututnya longgar hingga gagal bergerak pantas. Ali emosi kerana gagal menumpaskan lawan seperti Abby dan Faiisal dalam tempoh kurang 10 minit. Abang Zahid emosi kerana drop shot-nya selalu melayang di awangan dan tak jatuh di gelanggang lawan. Abang Zai emosi kerana pukulan drive-nya gagal mencapai kelajuan 500km/j. Kois emosi kerana pihak wartawan tak sudah-sudah ingin mempertikaikan beliau memakai baju bola dan bukan baju badminton. Dan aku sendiri emosi kerana tak dapat pekena sup kambing sebelum main badminton malam semalam.
Tetapi... setelah habis permainan, dan berkumpul dan minum-minum di kedai mamak sambil bersembang, segala kekusutan telah terungkai. Dan kami pulang dengan hati yang sangat bahagia dan senang seolah-olah tak ada apa yang pernah menggusarkan kami sebelum ini.
No comments:
Post a Comment