Pagi tadi aku main tenis lagi. Cuaca agak redup, memang seronok dapat buat aktiviti luar. Kami sempat test beberapa reket tenis yang dimiliki oleh seorang coach tenis yang kata dia nak jual reket-reket tu. Yang aku cuba tak ada satu pun yang serasi dengan aku. Kalau serasi pun bukannya aku nak beli. Kat rumah dah ada 5 reket tenis. Aku cuma pakai 2 je. Lagi 3 tu buat masuk muzium je.
Hari ni main tak berapa menjadi. Ambik serve asyik tersangkut kat net aje. Lebih-lebih lagi bila main dengan Ali Sarawak. Pukulan dia punyalah kuat macam Badang. Laju macam roket pulak tu. Aku sempat main 2 set. Menang satu dan kalah satu.
Tapi pagi tadi ada satu berita yang mengejutkan. Fong bagi tau yang kawan tenis kami, Alvin telah meninggal semalam kerana terbabit dalam kemalangan jalanraya. Lori simen yang dipandunya terlanggar sebuah kenderaan lain dan terbabas melanggar sebuah rumah. Berita kemalangan ini terpampang kat kebanyakan surat khabar pada hari ini. Alvin seorang yang rendah diri. Ungkapan yang sering dilafazkan bila melihat pukulan tenis yang hebat adalah, "Wah! Banyak baguslah!" Yang menyedihkan adalah sepanjang perkenalan kami, dan sepanjang kami bersembang dan bergurau, tak pernah sekali pun aku bercerita tentang Islam dan iman. Hidayah adalah kertentuan Allah, tetapi tugas setiap Muslim adalah menyebarkan syiar Islam. Suatu tugas yang dah lama kita tinggalkan :-(
No comments:
Post a Comment