m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, March 5, 2011

Potong rambut macam Faizal Tahir

Dah lama aku nak gunting rambut pasal rambut aku dah semakin tak terurus dan berserabut. Rambut Amier pun dah semakin panjang dan matanya hampir saja tertutup dek rambutnya yang melurus ke bawah. Maka kami ambil kesempatan ketika ada sedikit kelapangan untuk ke kedai gunting rambut berdekatan. Di kedai aku nengok ramai lagi orang yang menunggu giliran. Terpaksalah kami melanguk seketika hingga giliran kami tiba.

Dan akhirnya tibalah giliran aku. Aku katakan pada tukang gunting rambut aku nak style Faizal Tahir. Siap tunjuk gambar lagi. Termenung orang tu nengok gambar yang aku suakan. Dia kata rambut aku pendek, mana boleh buat style yang aku idamkan itu. Aku berkeras nak style FT. Aku rasa tukang gunting tu memang takda kepakaran untuk buat rambut pelbagai style. Setelah agak lama bertikam lidah, akhirnya aku mintak rambut style Anuar Zain pulak. Tukang gunting tu masih kata tak mungkin rambut aku boleh dibuat sedemikian rupa. Gaduh cakap lagi hampir-hampir sejam. Akhirnya aku bangun nak meninggalkan kedai yang bagi aku tak profesional tu. Belum sempat aku melangkah pergi dari kedai tu, tukang kedai memanggil aku dengan nada lembut. "Inche, rambut style Mawi boley ka? Itu Mawi pun ada famous jugak kan?" Setelah berfikir sejenak akhirnya aku setuju. Dan fesyen rambut Mawi-lah yang aku miliki sekarang ni. Sedangkan Amier sangat berpuas hati dengan fesyen rambut Ben 10-nya.






No comments:

Post a Comment