Lepas maghrib tadi aku dan isteri singgah sebentar di kedai Ayam Penyet kat Ampang Park untuk melapik perut. Pada asalnya aku ajak isteri pergi kedai lapik meja nak cari pelapik perut. Orang kedai tu yang cadangkan kami pergi kedai makan. Okaylah. Kedai makan pun boleh jugak sebab meja dia mesti ada lapik kan?
Di Ayam Penyet isteriku order sepinggan ayam penyet dan gado-gado. Biar aku cerita pasal ayam penyet dia dulu. Ayam yang telah disembelih dan dibuang bulunya dihenyak dengan menggunakan benda-benda berat seperti washing machine, batu giling dan orang yang mempunyuai berat badan lebih 100kg. Setelah ayam tu betul-betul penyet dan flat, barulah ia diletak rempah rahsia dan digoreng. Kesedapan ayam tu bergantung kepada cara bagaimana ia dipenyetkan.
Gado-gado pulak adalah adunan daripada kuah kacang resipi bonda yang disadur ke atas sayuran seperti kobis dan tauge rebus serta ditambah pulak dengan keropok dan empeng belinjau. Lepas makan gado-gado tu kalau tak kena gaya memang rasa nak bergaduh aje. Nasib baik ada penawarnya iaitu air teh limau ais penyejuk badan.
Nak tau sedap atau tidak rasanya secara menyeluruh? Rasa ni agak subjektif untuk diperkatakan. Ada lidah kata sedap, ada lidah kata payau. Jadi aku serahkan bab rasa merasa ni kepada individu sendirilah. Kalau puji lebih-lebih pun bukan dapat bayaran. Kalau komplen lebih-lebih pulak kesian kat dia baru nak start niaga. Nak rasa nikmat, makanlah masa perut lapar, jangan makan masa kenyang.
No comments:
Post a Comment