Aku memang kalau bab Do-It-Youself ni agak kurang sikit. Walaupun nak repair benda kecik-kecik aku akan cari orang suruh buatkan untuk aku termasuklah tolong betulkan paip, tolong repair kabinet, tolong pakaikan kasut, tolong bukakkan pintu kereta dan kadangkala nak garuk hidung pun suruh orang tolong buatkan. Yang suka buat kerja-kerja handyman ni biasanya isteri aku. Dia selalu betulkan pintu kabinet yang tanggal, pasang pemegang laci, buat plumbing, repair enjin kereta, dan kadang-kadang pasang body kapal selam Russia. Wife aku memang hebat kalau bab yang itu.
Tapi kali ini aku dah bertekad nak repair sendiri kerosakan pada rumah aku. Mula-mula repair kepala paip. Dah lebih seminggu air menitik tak henti-henti dari kepala paip. Membazir betul. Lalu aku bukak pemutar dia dan check washer dia. Washer dia masih baru dan elok. Lalu aku beli kepala paip baru. Ganti kepala paip dan ganti paip utama kat sepanjang jalan rumah aku tu. Siap panggil excavator lagi nak korek tanah. Beres satu hal.
Satu lagi nak repair lampu kallimantang kat dapur yang dah terbakar kat dalam dia hingga menyebabkan litar pintas. Aku beli set kalimantang yang baru. Tapi masalahnya aku ni ada fobia sikit dengan elektrik. Mula-mula aku padam suis lampu. Tak confident. Aku padam pulak suis yang control litar kawasan dapur. Masih tak confident. Aku padam suis kat switch box rumah aku. Masih ragu-ragu. Lalu aku suruh TNB padam suis kat sub-station bagi kawasan Ampang Jaya. Pujuk punya pujuk akhirnya dia padam jugaklah sebab aku janji nak belanja teh tarik dan roti canai 2 keping. Tapi aku masih takut sekiranya ada kebocoran elektrik yang boleh merenjatkan aku. Aku kontek pulak bos TNB suruh padamkan power untuk kawasan Lembah Kelang. Dia kata dah melampaulah tu. Okay-lah. Aku mengalah.
Lalu aku ambil perkakasan dan mulalah bukak lampu perlahan-lahan. Rasa macam nak matikan suis bom atom pulak. Aku terpaksa ambik buku darjah 5 nak belajar basic pasal litar pakai bateri dan mentol kecil. Dah faham barulah aku teruskan kerja-kerja pewayaran elektrik. Mengalir deras peluh jantan aku sampai membasahi pakaian dan lantai ruang dapur. Seletah kira-kira 5 hingga 6 jam bertungkus lumus, akhirnya aku berjaya menyudahkan kerja pendawaian dengan berjayanya. Aku pun melompat tinggi hingga kepalaku mencecah siling. Yeaowww!
No comments:
Post a Comment