Ini dah masuk hari kedua gigiku berdenyut kesakitan. Tapi hari ni tak seteruk semalam. Setakat makan kacang dan tebu tak jadi masalah. Dulu pernah sakit kat tempat yang sama. Aku guna petua orang-orang tua iaitu menyendal lubang gigi dengan bunga cengkih. Lama-lama dah tak sakit lagi. Kali ni pun aku buat benda yang sama. Habis stok cengkih kat kedai-kedai dan supermarket aku borong untuk memastikan ada bekalan yang cukup sehingga gigi aku sembuh. Ikut kajian sains rumahtangga, dalam cengkih ni ada enzyme yang boleh bunuh kuman kat gigi. Tak lama lagi bunga cengkih naik hargalah kat pasaran.
Last sekali aku jumpa doktor gigi adalah masa time aku sekolah rendah. Lepas tu dah tak jumpa lagi. Bukannya aku tak nak pergi, tapi gigi aku tu yang sebenarnya malu nak jumpa doktor. Gigi aku sekarang dah banyak lubang yang aku gunakan untuk menyimpan barang-barang kecil seperti duit syiling 10 sen, klip kertas dan adakalanya paku tekan dan skrew.
Doktor gigi dulu pernah kata keadaan gigi boleh jadi teruk sebab benda-benda yang kita makan. Aku tak menafikan perkara tu. Aku selama ni memang suka betul makan benda-benda yang keras dan berbahaya seperti jambu batu, pucuk paku, belimbing besi, tenggiri papan, kacang parang, dan yang paling aku suka makan ialah kuih bom! Sekali gigit je dah berterabur gigi ke segenap penjuru.
Sakit gigi ni buat selera makan aku berkurangan. Kejap lagi turun 10 kilo lah aku.
No comments:
Post a Comment