m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, March 28, 2011

Ardy+Zila: Sambutan bunga api

Petang Jumaat 25 Mac 2011, Ardy dan Zila sah menjadi suami isteri bersaksikan aku (salah seorangnya). Dan pada malam harinya adalah sessi untuk berinai dan menepung tawar. Tema pada malam hari adalah Bollywood yang digabungkan dengan Al-Arabia. Suatu tema yang hebat. Aku anak beranak mengenakan pakaian Nusantara dan Melayu dan mungkin ada sikit ciri-ciri India dan Arab digabungkan pulak dengan anasir Jawa dan Jerman. 

Pengantin datang dari kegelapan malam ke perkarangan rumah keluarga Zila lebih kurang jam 8.00 malam, seperti dijadualkan. Mereka disertai rombongan pihak pengantin lelaki. Sejurus rombongan pengantin merapati kawasan khemah, ayahanda Zila terus berteriak, "Pasangkan bunga api!" Orang yang bertugas tiba-tiba telah tersalah dengar. Dia ingat ayahanda Zila menjerit, "Lepaskan semut api!" Apa lagi, beribu-ribu semut api telah dilepaskan dari sarang dan semut-semut itu merayap ke segenap jalan dan memanjat tubuh tetamu dan pengantin yang hadir. Meloncat terkinja-kinja semua orang sambil menjerit, "Semut apiii!!!" Petugas tadi tersalah dengar lagi untuk kali kedua. Dia ingat orang jerit, "Apiii!!!" Lalu pihak bomba telah dihubungi dan tak sampai sepuluh minit bomba pun sampai menyiram semut api yang merayap ke segenap arah. 

Setelah keadaan menjadi reda, barulah bunga api dipasangkan. (By the way, petugas tadi yang salah dengar arahan telah dipecat serta merta). Suasana menjadi sangat meriah. Jiran-jiran di Taman Ehsan, Jinjang, Kepong, Sungai Buloh, dan Kuala Lumpur telah keluar rumah untuk menyaksikan keindahan bunga api yang berwarna-warni dipasangkan. Ada hampir seribu das semuanya hingga menyebabkan berpuluh-puluh kelawar malam jatuh tumbang menyembah bumi. Namun suasana memang mengasyikkan. Selesai upacara itu, barulah rombongan pengantin masuk ke rumah untuk acara berinai pulak.




No comments:

Post a Comment