Pada siang Sabtu lepas, selepas majlis khatam Al-Quran dan marhaban, tetamu dijamu makan tengah hari berupa nasi berlauk ayam masak lemak. Tapi bukan itu yang hendak aku ceritakan di sini. Kerana menu istimewa pada siang hari itu sebenarnya adalah 'Laksa Sarawak'. Bagi sesiapa yang tak tahu rupa dan rasa laksa Sarawak, meh biar aku ceritakan sikit sejarah asal usulnya.
Bahan-bahannya terdiri dari bihun, telur dadar, udang rebus, daun saderi dan limau kasturi. So far tak ada apa-apa yang special kan? Tapi sebenarnya, special-nya terletak di senduknya kah? Atau namanya kah? Kalau tanya Pak Belalang dia akan jawab ia terletak pada huruf kaf, bukan ba, dan bukan jugak ta. Kalau taruk ba jadi BUAH, taruk ta jadi TUAH. Tapi kalau letak kaf jadi KUAH. Ya, pada kuahnyalah terletak special rasanya itu. Rempah dan sambal laksa ini memang didatangkan khas dari Sarawak. Itulah sebenarnya yang menyedapkan masakan ini.
Ditanya kenapa buat laksa Sarawak? Maka jawab tuan rumah, sebab bersempena dengan pilihanraya Sarawak yang akan berlangsung tak lama lagi.
No comments:
Post a Comment