m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, March 31, 2011

Ardy+Zila: Suara-suara Otai

Majlis persandingan Ardi & Zila pada Ahad 27 Mac 2011 telah diserikan dengan iringan muzik tradisional Melayu yang merangkumi irama asli, joget, keroncong dan ada jugak rentak 60an. Kumpulan ini menggelarkan diri mereka Suara-suara Otai yang berpangkalan di Greenwood, Gombak. Pengurus mereka adalah Pak Zainal. Aksi yang paling mengasyikkan bagi aku adalah pakcik yang main biola tu. Dia kalau gesek biola sampai berasap tali biola tu. Dan ada sekali tu siap berapi sehinggakan petugas dewan terpaksa mengambil pemadam api untuk memadamkan api yang menyala.

Mereka bukan saja mendendangkan lagu ketika tetamu sedang menjamu selera dan bersantai, tetapi mereka juga mengalunkan irama gendang cak lempong silat dan gamelan pengantin masuk dewan dengan berkesan sekali. Cuma aku rasa pakcik-pakcik ni punya keroncong macam tak berapa jadi daaa. Kurang bahan seperti seruling, petikan cello dan yang paling penting gitar kecik yang macam ukulele tu. Anyway aku yang duduk sebelah pemuzik-pemuzik veteran ni memang enjoy melihatkan aksi-aksi mereka.





2 comments:

  1. camne nak contact group suara2 otai ni yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka base kat Greenwood, Gombak. Nombor telefon ada tapi tak ingat. Mg ada simpan kat hp kot. Nanti boleh check. Sila rujuk page ini:
      http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1006&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

      Delete