Pagi tadi aku dan wife ke Hospital Prince Court kat Jalan Tun Razak. Inilah hospital untuk putera-putera raja. Dia bagi nama PRINCE tu bukan saja-saja. Ada sebab sebenarnya.
Jadi sejurus aku menjejakkan kaki ke counter receptionist, aku ditanya oleh penyambut tetamu, "Tuanku putera raja dari negara mana?". Tanpa segan silu aku menjawab, "Beta dari negara Empank Jeyyar (maksud aku Ampang Jaya lah)." "Negara tu terletak kat mana Tuanku?" "Oh, itu negara bukan terdapat di dunia, tapi di sebuah planet sebelah bulan." Dalam keadaan separuh faham, petugas itu menjemput aku ke kamar VVVVVVVIP. "Silakan tuanku", kata receptionist tu kepadaku.
Hari ini aku buat repeat blood test pasal hari tu ada beberapa readings untuk liver agak tinggi. Maka doktor suruh aku buat blood test sekali lagi untuk memastikan bahawa kesihatan aku bertambah baik. Sebelum keputusan darah dikeluarkan, aku siap-siap bagi warning kat pekerja hospital, "Kalau bacaan darah beta masih tinggi, beta akan murka. Dan kamu semua akan menerima bencana dari daulat beta!" Semua pekerja kecut perut dan cepat-cepat adjust keputusan supaya menunjukkan bacaan yang memuaskan. Bila dapat result, memang kesihatan aku dan semakin memulih walaupun belum ke tahap normal sepenuhnya. Aku dan isteri meninggalkan hospital tanpa meninggalkan tips untuk para pekerja. Mesti mereka merungut dan cakap aku kedekut taik hidung masin. Pada hal mereka tak tau taik hidung aku manis rasanya.
No comments:
Post a Comment