Malam menjelang hari bertandang pada hari Ahad 27 Mac 2011 adalah malam paling sibuk bagi pihak pengantin perempuan. Dewan di Bukit Damansara perlu dihias secantik mungkin agar tetamu yang datang esok siangnya akan merasa cukup selesa, terpegun dalam kekaguman, pengsan kerana ketaksuban, dan terharu dalam kegembiraan. Itulah matlamat kami dalam menyiapkan kelengkapan dan perhiasan dewan di raja.
Aku dan isteri datang ke dewan agak lewat kerana ada beberapa komitmen lain yang perlu diselesaikan dahulu. Perjalanan dari Ampang ke Bukit Damansara jika mengikut short cut melalui lebuhraya DUKE perlu membayar tol sebanyak RM9.30. Itulah nilai yang perlu dibayar oleh aku dan birasku abang Zahid kerana sesat barat kami ketika hendak menuju ke lokasi ini.
Sesampai di dewan aku nengok pelamin sedang dipasang. Goodies bag sedang diisi dengan habuan. Daun pandan sedang diracik untuk dijadikan bunga rampai. Aku lihat Hafez pulak sibuk ke sana sini kerana telah ditugaskan sebagai Floor Manager. Hafez perlu memastikan lantai selalu bersih, carpet di-vacuum dan jubin dimop dan digilap.
Cuba Pak Uda tengok carta ni, susahlah tahun ni Liverpool nak jadi League Champion. |
Faridz dan rakan-rakan pula sibuk menanam pokok hikmat di dalam pasu. Walaupun pokok tu pada asalnya bagai hendak mati, namun dengan menggunakan baja sakti, ia telah berjaya dihidupkan dengan segarnya. Siap ada daun dan bunga sekali. Ajaib sungguh baja itu. Mesti mahal harganya.
Aku pulak tidak terlibat dalam sebarang kerja-kerja itu. Aku dan isteri telah ditugaskan menjadi pengacara majlis. Ini kali kedua aku diberi tugasan yang seumpama ini. Pelik jugak kerana aku sah-sah bukan seorang yang banyak bercakap atau suka berceloteh. Tapi jika tugas telah diamanahkan, perlulah digalas dengan sebaik mungkin. Malam itu aku memerah otak mencari ilham membuat skrip untuk pengacara. Entah macam mana, setelah lebih tiga jam aku berfikir dan menulis, baru aku perasan aku telah tersalah buat skrip. Skrip yang aku tersalah buat tu adalah untuk drama Cerekarama TV3 bertajuk "Anu Dalam Botol Kicap Cap Ayam". Alamak! Mungkin ini terjadi kerana aku terlalu mengantuk agaknya. Terpaksalah aku memperbetulkan balik minda aku dan mula berfikir sebagai pengacara untuk menghasilkan skrip pengacara. Dan kira-kira jam 10 pagi Ahad baru selesai skrip yang aku tulis itu.
No comments:
Post a Comment