m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, March 21, 2011

Singgahsana pengantin yang mistik

Malam semalam selepas ziarah ayah dan mak yang tak berapa sihat kat flat, aku, isteri dan Kak Esah meredah highway menuju ke rumah Kak Long di Kepong. Kat situ telah berkumpul adik beradik merewang-rewang untuk menyiapkan apa-apa yang patut sempena hari bersejarah permaisuri sehari Zila.

Memeriksa sekiranya ada anai-anai kat siling rumah.

Masa tu jugak Abang Khalid, Abang Leman dan Faridz tengah menghias-hias ruang depan di mana pelamin ditempatkan. Tengok dari sketch yang dibuat memang hebat pelamin ni kalau siap. Ada ala-ala al-Arabia jugaklah. Dua orang abang ipar aku memang expert pasal merekacipta pelamin ni. Dah bermacam-macam design diorang buat. Ada design ala tradisional. Ada design ala barat. Dan ada jugak design ala futuristic dan  angkasa lepas. Banyak betul idea.

Menebuk lubang bagi memudahkan air hujan masuk bagi mencuci tangan.

Memasang langsir - memerlukan daya fokus dan kemahiran yang tinggi.
Sedang semua orang sibuk buat kerja masing-masing, tiba-tiba semua orang terkaku kerana terlihat selembar kain merah melayang-layang dengan sendirinya kat kawsan pelamin. Seram sejuk dan tegak bulu roma dibuatnya. Selak punya selak kain merah tu rupanya Abang Khalid yang mungkin agak pemalu sedang bersembunyi kat balik kain sambil menghias birai pelamin. Aduh... Hampir saja kami menelefon bomoh Kampung Pisang. Barulah semua orang lega dan menarik nafas panjang. Kami balik meninggalkan rumah Kak Long sebelum pelamin tu siap sepenuhnya. Mungkin sekarang ni dah kelihatan lebih hebat lagi. Kita tungguuuuuu.....

Kain merah melambai-lambai dengan sendirinya. Serrrraaaammmmm...


No comments:

Post a Comment