Kali ni aku nak cerita pasal makan pulak. Dan aku nak imagine aku jadi host program Jalan-jalan Cari Makan kat TV3.
"Penonton sekelian, kali ini mari ikut saya ke Restoran Sham Sup Utara yang terletak di Bandar Seri Putra. Kedainya taklah begitu besar tetapi makanannya sangatlah sedap. Saya baru ambil bau jer tu... hmmmm... aromanya sangat menyegarkan."
"Cuba pulak kita tengok apa yang ada kat dalam periuk besar ni. Di sinilah dihumbankan segala jenis isi perut lembu untuk menambah kesedapan dan keaslian rasa sup resipi keluarga ini. Kalau kita nengok betul-betul, ada terdapat daging, urat daging, paru, hati, perut, kulit, tulang, dan kalau dirodok lagi dalam periuk ni kita jugak boleh menjumpai bahan-bahan lain seperti sepana hidup, spark plug terpakai, singlet pagoda, dan ohhh... ada enjin motor kapcai jugak yang dimasak bersama lauk-pauk tadi. Inilah rahsia kesedapan masakan ini."
"Mari kita order makanan pulak. Kali ni saya nak makan kuetiaw sup. Aduh! Sedapnya rasa sup ini. Kuahnya seperti air cucian tangan kenduri kahwin. Dan dagingnya pula... sangat fresh! Ia seperti lembu ini direbus hidup-hidup di dalam periuk tadi. Kuetiawnya pula putih warnanya. Ini melambangkan kebersihan. Tidakkah kebersihan menjadi keutamaan di kedai makan?"
"Apa kata kita tambah dengan cili jeruk ini. Fuhhh! Pergh! Arghh! Grrrrr! Meowww! Terasa fresh dan sungguh asli cili jeruk ini seperti baru dipetik dari ladang. Kalau dicampur dalam sup ni memang membuat rasanya lebih terangkat dan mengancam. Pedasnya boleh membuat kepala berapi. Restoran ini juga menyediakan alat pemadam api dan telefon bagi menghubungi Bomba sekiranya berlaku kebakaran di kepala anda."
"Aahhhh.... Saya dah kenyang. Silalah datang ke sini untuk menikmati juadah yang sedap ini di Bandar Seri Putra. Apa?!!! Kena bayar?!! Aku dah promo kedai kau dalam tv pun kena bayar?!! Aduh tak patut betul. Lokek punya tauke kedai. Lepas ni aku dah tak nak datang lagilah..."
hahaha :)
ReplyDeletenampak sedap gile
ReplyDeleteLembu tu rebus hidup2 rupenye...terseksa nok! XD
ReplyDelete