m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, March 17, 2011

Persediaan menyambut tetamu di Bukit Damansara

Petang semalam aku ambil cuti pasal nak tengok dewan yang kakak ipar aku tempah untuk majlis perkahwinan anak keduanya tak lama lagi. Lokasinya di Bukit Damansara. Design dewan tu cantik jugak dari luar. Bila kami masuk kat dalam aku nampak ada 3 court badminton berlantai timber strip dengan suasana nyaman. Kalau aku tau ada court badminton, memang aku dah bawak peralatan dan pakaian sukan yang sesuai.

Kami berbincang pasal banyak hal. Dari susun atur meja, turutan acara, lighting, ruang-ruang sampingan yang diperlukan, serta urusan sewa court badminton kerana lepas bersanding mungkin kami nak buat friendly match antara pihak pengantin perempuan menentang pihak pengantin lelaki.

 
Tak cukup berbincang di dewan pengantin, kami berbincang lagi kat kedai mamak di Kepong. Di kedai mamak kami menekankan soal makanan untuk dihidangkan kepada tetamu dan pengantin. Adakah nak sajikan mee goreng mamak style atau roti canai garing ataupun tosei rawa penuh rempah. Aniza sebagai pencatit aku nengok habis satu kitab dia catit macam buat novel pulak. Lepas perut dah kenyang, kami port sekejap kat rumah Kak Long sebelum bersurai kira-kira jam 7 petang.

Intan makan tak pelawa pun Pak Usu yang duduk sebelah dia... hu hu hu

No comments:

Post a Comment