Tiba-tiba aku teringat bahawa ada satu projek rumah banglo yang dah lama aku tak lawat tapak pembinaannya. Mula construction dah lama, tapi aku baru lawat sekali je. Alamak! Gambar pun tak ambik lagi. Lalu aku ajak Abu & Wan untuk ikut aku ke tapak.
Tak sampai setengah jam aku pun sampailah ke destinasi. Alangkah terkejutnya aku bila aku nengok rumah tu dah siap cantik, tersergam besar dan seperti telah diduduki oleh penghuninya. Aku tak puas hati, kerana rumah tu nampak gayanya telah dibuat tak ikut pelan yang telah diluluskan oleh pihak majlis perbandaran. Lalu aku memberi salam dalam nada agak marah. "Assalamualaikum!" Keluarlah seseorang berpakaian kemas bak Datuk-Datuk menyapa aku, "Ya, boleh saya bantu?" Melihatkan raut wajah orang itu yang jelas kurang menyenangi kehadiran aku, menyebabkan aku merasa sedikit terkedu lalu aku berbisik kat telinga Abu, "Abu, apa nama kawasan ni?" Abu menjawab, "Bukit Damansara". Alamak! Salah lokasi daaa... Memang takleh pakai mesin GPS aku ni. Tapak rumah banglo yang kami nak pergi kat Kajang sebenarnya. Setelah bersalaman sambil membuat muka sardin kami pun bergegas meredah highway meluru ke Kajang.
Tak sampai satu jam kami sampai ke destinasi. Aku nampak kontraktor tengah sibuk bekerja. Kami bertiga berjalan mengelilingi bangunan yang telah separuh siap. Lalu terdetik dalam kepala aku nak tunjuk siapa bos kat kontraktor yang sedang tekun bekerja tu. Dengan muka bengis aku mulakan bicara, " Halo! Ini apa pasal ada banyak lubang dekat dinding? Nanti mau kasi tampal tau!" Kontraktor tu menjawab dengan berani, "Itu lubang mau taluk tingkap maaa..." Aku terdiam dibuatnya. Aku tak puas hati. Aku gertak dia lagi, "Itu apasal tangki air kasi cat colour hitam? Saya mau pink! Hitam tarak cantik!" "Hayyyaaa bos... poly tank mesti colour hitam maaa... Itu factory mali maaa... Mana ada colour pink", kata kontraktor sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali. Aku terasa dibodohkan. Aku masih berdendam. Aku mesti carik sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Yes! Aku dah jumpa! "Halo! Ini apa pasal lu pakai bumbung polycarbonate? Lu mesti ikut drawing laaaa.... pakai concrete tile laaa.....!" Kontraktor tu nampak tergaru-garu kepala. Yes! Dia mesti surrender, bisik hatiku. Tiba-tiba beliau bersuara, "Bos! Itu sebelah punya lumah maaa... Kita punya plojek sini maaa..." Alamak! Baru aku perasan aku dah melangkah terlalu jauh dari tapak projek sebenarnya sehingga sampai kat rumah jiran sebelah. Aku terdiam lagi. Cepat-cepat ambik gambar dan cepat-cepat mengarahkan Abu & Wan naik ke kereta dan berlalu dari situ. Aduh! Kenapa boleh jadi begini?
No comments:
Post a Comment