Tengah hari tadi lepas lawat tapak projek, owner/client ajak lunch kat satu tempat baru. Nama tempat tu ialah Perantau Hill kat kawasan Kajang. Bila kami sampai kat tempat tu memang aku perasan masih baru lagi dibuka. Masih ada orang tengah nak buat pintu gerbang, ada orang nak pasang handrail. Meskipun begitu, cukup ramai orang yang bertandang ke tempat tu untuk makan tengah hari. Kami sampai di sana kira-kira jam 1.40 th.
Aku nengok lauk pauk banyak yang dah habis. Kalau ikan cuma tinggal kepala dengan ekornya saja, kalau ayam tinggal bulu dan kulitnya saja, kalau sayur cuma tinggal batang dan akarnya saja. Tapi oleh kerana perut dah agak lapar kami teruskan jugaklah plan untuk makan kat situ dalam lauk serba kekurangan.
Bila aku mula jamah aje makanan kat situ terasa sungguh kesedapannya. Walaupun aku cuma makan nasi berlauk pinggan, tapi, pergh, kesedapannya itu sampai terasa kat perut dan segenap urat nadi di tubuh ini. Lepas ni boleh panggil geng Jalan-jalan Cari Makan untuk buat liputan kat sini pulak. Aku perasan tauke dan pekerja kat restoran ni kebanyakannya warga Kelantan. Tapi masakannya memang masakan Melayu asli se-Malaysia. Tapi yang paling best sekali ialah pasal makanan tu aku makan dengan kadar FREE!
No comments:
Post a Comment