m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, March 26, 2011

Ardy+Zila: Akad nikah & sah suami isteri

Majlis perkahwinan tak akan memberi apa-apa makna tanpa akad nikah. Acara yang paling penting ini diadakan di rumah pengantin perempuan di Taman Ehsan, Kepong. Ruang tamu dan ruang makan yang sederhana besarnya itu dipenuhi dengan kaum keluarga dari pihak pengantin lelaki dan perempuan. Padat, penuh dan sarat dengan manusia sampaikan bersesak-sesak macam di perkarangn Jom Heboh TV3. Kalau ada sesiapa yang makan banyak telur dan terkentut pulak tu, pasti akan pengsan lemas semua hadirin kerana tak sempat lari dari kesesakan yang luar biasa itu.

Atuk Atan menjadi wakil bagi pihak pengantin perempuan.

Orang-orang penting pada petang Jumaat itu adalah Ardy, Zila, ayahanda Zila dan dua orang saksi. Tapi oleh kerana ayahanda Zila dah pass tugas kat imam juru nikah, maka Tok Imam pun dah jadi orang penting jugak. Aku secara bidan terjun telah TER-jadi saksi dua kali. Saksi kali pertama ialah untuk penyerahan kuasa dari wali kepada Tok Imam. Saksi kali kedua adalah ketika Ardy nak lafaz akad. Fuhh!! Jadi saksi pun berpeluh jugak aku. Maklumlah, first time. Aku terpaksa dengar betul-betul sebutan Ardy - makhrajnya, panjang-pendek harakatnya, serta intonasinya supaya bersesuaian dengan acara akad nikah ini. Bukan itu saja, aku juga terpaksa menengok dengan detail raut wajah pengantin lelaki untuk memastikan wajah yang dipamerkan menepati watak yang perlu ditampilkan.

Sebelum akad, Tok Imam panjang membacakan khutbah serta nasihat untuk peringatan semua yang hadir. Dekat-dekat 5 jam baru habis khutbah. Lepas tu Tok Imam suruh Ardy nengok muka Zila nak confirm-kan adakah itu calonnya yang ingin dijadikan isteri. Berkerut jugak Ardy meneliti wajah Zila sampai terpaksa pakai kanta pembesar. Setelah confirm itu adalah Zila dan Tok Imam pun puas hati barulah acara akad dimulakan.

Macam biasa, dalam majlis seumpama ini mesti ada mata-mata yang melirik di jendela.
Mula-mula Tok Imam suruh Ardy buat rehearsal. Ardy takda masalah nak sebut apa yang patut disebut. Lepas tu Ardy pulak yang suruh Tok Imam rehearsal. Tok Imam pulak yang tersangkut-sangkut dan kena ulang sampai lima enam kali baru dapat lafaz dengat tepat. Masa tu Mak Uda Normahani dah standby air bunga untuk mandian Tok Imam.

 
Lalu berlafazlah Tok Imam dan disambut baik oleh Ardy dengan sekali lafaz. Dan sahlah Ardy dan Zila menjadi suami isteri. Aku nengok sekeliling. Semua orang kelihatan natural. Tak ada yang emosi, tak ada yang menangis, tak ada yang terlebih gembira. Semua orang control je. Wah! Ini sesuatu yang luar biasa bagi aku. Syukur. Acara paling utama telah berlalu dengan selamatnya. Kami mendoakan agar pasangan suami isteri ini akan berkekalan dan berbahagia hingga ke alam Firdaus. Hidup dalam ketaatan kepada perintah-perintah Allah.







No comments:

Post a Comment