Yang panas tu bukannya aku. Yang rosak tu pulak bukannya kipas kat ofis. Tapi enjin kereta yang panas dan kipas radiator yang rosak.
Tadi pagi, sedang aku memandu menuju ke pejabat melalui Jalan Tun Razak, tiba-tiba traffic jam yang amat dahsyat. Traffic jam tu terlalu teruk sampaikan siput babi jalan pun boleh potong kereta-kereta yang bersusun berbaris kat tengah jalan. Masa tulah aku ntah macamana terpandang kat penanda suhu kereta aku - hampir mencecah merah! Alamak! Apa lagi pulak ni? Hari tu baru je ganti radiator & water pump baru. Ada yang mintak duit lagi ke ni? Aku cepat-cepat cari tempat berhenti kat kompleks F&N berdekatan. Rupanya kipas radiator dah mogok tak nak pusing.
Setelah fikir punya fikir, aku teruskan perjalanan ke ofis pasal kat ofis memang tengah banyak kerja sekarang ni. Dan aku pun singgahlah ke bengkel kereta yang berdekatan dengan ofis aku. Mekanik tu pun bukak bonet dan tengok. Lalu dia berkata, "Hayyaaa... lu punya tayar manyak hitam ooo. Lagi itu lampu mesti kasi tukar pasal dia punya kaler tarak cun ooo. Satu lagi lu punya kelusi mesti pasang balu pasai itu habuk sudah block dia punya enjin. Itu pasat dia punya enjin manyak panassss..." Kot nak kelentong pun agak-agak lah, bisik hatiku. Aku terpaksa buat pendirian aku sendiri. Balasku, "Saya mau tukar kipas punya motor pasal itu motor tarak cun laaa." Mekanik tu terpaksa akur dengan kemahuanku.
Dan kesudahannya, melayanglah lagi duitku ke poket mekanik hampir RM200. Tengah hari nanti makan nasi lauk pinggan aje kot?
Motor kipas baru yang berkilat selepas di-polish dengan pengilat tembaga. |
No comments:
Post a Comment