Nama "roti tisu" dah terlalu selalu aku dengar. Tapi mengorder dan makan memang tak pernah. Pagi tadi kami sekeluarga singgah kejap kat kedai Original Kayu. Aku dah confirm dengan tauke kedai tu bahawa restoran tu memang yang original dan bukan cetak rompak. Kalau cetak rompak dia akan namakan kedai tu Cetak Rompak Kayu.
Aku order roti canai je, isteri aku & Syahmie order tosei rawa, sementara untuk Wanie & Amier kami orderkan roti tisu. Roti tisu yang paling tinggi pernah aku tengok adalah setinggi bangunan 2 tingkat setengah. Jadi kami pun dah siapkan tangga yang patut-patut tingginya untuk menghadap juadah yang tinggi ini. Tak lama selepas kami order, siaplah tukang canai menyiapkan roti tisu yang kami order. Alangkah terkejutnya kami sehingga terpaku untuk 15 minit apabila melihatkan ketinggian roti tisu yang dihidangkan. Kurang 2 meter dari ketinggian KLCC Twin Tower. Mendongak-dongak kami menengok puncak roti tisu tu. Oleh kerana terlalu tinggi, terpaksalah kami menyewa tower crane. Memang satu makanan yang cukup mencabar. Nak menghabiskan roti tisu tu pulak satu hal pasal dah lah tinggi, manis pulak tu. Dia punya manis sampaikan kalau The Undertaker WWE makan mesti dia akan tersenyum meleret 24 jam.
Setelah kami habis makan, aku mintak dari pelayan tu tisu untuk lap mulut. Dia kata itu roti tisu guna untuk lap jugak lah. Alamak. Kami dah habiskan roti tisu tu. Jadi kami pun berlalulah dengan mulut yang masih comot tak berkesat.
Roti yang tinggi ini akhirnya berjaya ditumbangkan oleh Syahmie. |
No comments:
Post a Comment