m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, September 19, 2011

Sarapan Syawal 18 dan Hari Malaysia

Hari Jumaat lepas ialah Hari Malaysia dan jugak hari ke-18 Syawal. Isteri aku ada idea nak ajak kawan-kawan datang masa breakfast. Lalu malam sebelum menjelang hari Jumaat tu berpulunlah kami menyediakan juadah yang terhebat di planet ini untuk dijamu kepada kengkawan yang datang nanti.

Dan hari Jumaat pun tibalah. Yang paling awal datang ialah pada jam 9.30 pagi. Kalau tak salah aku keluarga Juanih dari Setiawangsa. Diikuti keluarga G-Ha-Hashim, Fadzal, abang Leman, Azlan-Fabiha, Ogy-Chairel, Rozie, Nasa, Zumaidi, Sisilia, kak Timah dan teacher Ira. Tetamu dijamu dengan nasi lemak dan roti jala. Nasi lemak tu diadun dengan lemak lembu dan seladang yang terbaek dari ladang. Kemudian santannya pula diperbuat dari kelapa pandan dari Kampung Pandan. Ada sayur kangkung tumis dan timun yang segar dipetik dari puncak Cameron Highland. Sambalnya pula diperbuat dari cili yang paling merah di planet bumi, bersulamkan udang kara gergasi dari Alaska. Berasnya pula menggunakan jenis Basmathi yang panjaaaaaaaaang. Ikan bilisnya pula pilihan terbaek dari pantai timur yang setiap seekor boleh speaking Kelate and Ganu. Dan kacang tanahnya pula digali dari tanah yang berkedalaman sekurang-kurangnya 30 kaki untuk mendapat jenis kacang tanah terbaek di muka bumi ini. Itu baru cerita pasal nasi lemak.

Ayahku, Juanih dan abang Hashim.
Anak-anak menjamu selera.
Ibuku bersama kak Ita dan Mukamil.
Sebahagian dari keluarga Juanih.
Isteriku mendukung baby Azlan-Fabiha.
Roti jalanya pula menggunakan kaedah menjala ikan sungai bagi mendapatkan hasil yang tradisional dan berunsur vintage. Kiraian jemala dibuat dengan mengambil kira setiap benang jala terbentuk secara sekata agar rasanya tidak menyimpang dari yang sepatutnya. Roti jala dicecah dengan kuah kari ayam. Kari yang dipilih pastinya dari India, sekitar banjaran di Kashmir. Dan ayam pilihan adalah dari kampung-kampung pedalaman yang mempunyai kokokan paling nyaring dan merdu, dengan balong merah menyala, mata taji pada kaki yang lebih tajam dari hujung pedang. Ini semua bagi menimbulkan semangat patriotik kepada para pemakannya. Maklumlah, sempena hari Malaysia. Makanan dijamu panas-panas menggelegak agar meninggalkan bekas yang mendalam.

Ratu di sebelah isteriku.
Keluarga Fadzal menghayati keenakan juadah yang disajikan.
Rakan-rakan menjamu selera.
Azlan dan Fabiha.
Minumannya pula adalah teh-o dan teh tarik. Teh adalah dari spesis terbaek dari Cameron Highland. Teh tariknya pula dibuat dengan menarik air teh tersebut sepanjang perjalanan dari Bukit Belacan ke Kuala Pilah. Buihnya dibiarkan membuak memenuhi angkasa. Makanan sampingan adalah sausage kerdil dan kuih muih raya buatan sendiri yang tidak merbahaya. Dan kami dapati tetamu datang dan makan dengan rakus dan penuh kepuasan. Kami sebagai tuan rumah turut merasa puas dan lega. "Tak ajak aku puuunnn", keluh dan rajuk seorang teman. Tak apalah. Kalau ada rezeki murah masa-masa lain, akan aku ajak semuanya. Bila? Wallahualam.

Keluarga Ogy-Chairel.
Zumaidi kena makan banyak untuk kuatkan muscle.
Jiran becok aku, Sisilia yang tak henti-henti bercerita pasal semua benda.
Ogy, Nasa dan Zumaidi.
Kakakku dan kak Ita.
Keluarga Rozie.
Dua orang sepupu tembam - Amier dan Kamil.
Kak Timah dan teacher Ira.
Sedang tetamu datang dan makan-makan, datanglah pulak seekor kucing warna kekuningan dengan selambanya meleser kat kaki-kaki para tetamu. Kami memang biasa nampak kucing ni. Tapi tak pernah dia semesra dan seramah ini. Dia ni sebenarnya boyfriend kucing kami Snow Cat. Tapi Snow Cat macam tak berapa minat kat dia pulak. So, kesempatan rumah terbuka ni diambil oleh kucing jantan ni untuk masuk ke perkarangan rumah kami sambil beraya dan bermaafan. Yang kacaunya, dia sempat jugak meninggalkan "tanda" pada plastik sampah tepi meja. Terpaksa aku usir dia secara lembut.

Kucing kuning boyfriend Snow Cat.

2 comments:

  1. Bro,

    Hahahaha :D .. pecah perut gelak!!

    ReplyDelete
  2. Bro Dollah. Biar pecah perut, jangan terburai makanan dlm perut sudah.

    ReplyDelete