Setelah terlalu lama tersangkut dalam kesesakan lalu lintas pada hari Sabtu, maka pada hari Ahadnya kami memutuskan untuk menjadi penyebab orang lain pulak yang sesak kat lebuhraya dengan mengajak orang datang ke rumah kami. "Tak ajak aku pun..." kata seorang teman yang sensitif. Memanglah aku tak ajak sesiapa. Mak aku yang ajak adik-beradiknya serta anak-anak saudaranya untuk datang ke rumah. Aku ikutkan aje.
Tetamu telah datang seawal jam 12 tengahari. Bermula dengan Kak Ana and the gang. Disusuli pulak dengan tetamu-tetamu yang lain. Kak Ana dan Abang Md Nor memang selalu yang paling awal. Ada dua kemungkinan kenapa mereka selalu awal. Pertama, sebab merekalah yang selalu paling cepat lapar. Atau kedua, bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas di lebuhraya serta di dalam perkarangn rumah kami sendiri. Aku rasa alasan kedua tu lebih munasabah.
Ibu dan adikku. |
Bergambar bersama sepupu-sepupu dan pakcik makcikku. |
Makcik Razmah. |
Anak-anak sepupuku - Izhar. |
Tetamu kami hidangkan dengan pelbagai makanan yang hebat -hebat seperti ulam timun, air kosong, biskut kraker, roti planta dan telur setengah masak (sorang setengah bijik aje). Okaylah, okaylah. Menu pada hari itu adalah nasi tomato dan soto. Sampingannya ada kuih sagu dan karamel. Berselera sungguh kami nengok para tetamu makan, bagaikan sedang menghayati dengan penuh jiwa raga akan kenikmatan dan keenakan juadah yang kami hidangkan.
Adik dan kakak Anding AF serta wartawan Awani-Dino. |
Sepupuku Hakim dan Nisa. |
Cucu saudaraku - Qalif dan Haykal. |
Ramai tetamu yang datang. Selain keluarga Kak Ana, ada jugak keluarga Kak Eli, Kak Yanti, Abang Wira, Widi, Surida, Pakcik Rizal, Pakcik Tahar, anak-anak Wak Ros, keluarga Makcik Mini, Izhar, Hisham, Razman, Izuddin, Zuan, Huda, Kak Hashimah, Kak Ogie, Kak Kamilah, Abang Ibrahim & Ikmal, Fred, adik-beradik Anding & Dino, Abang Salim, Pakcik Udin dan ramai lagi yang tak aku sebutkan pasal ink pen dah nak habis.
Anak-anak kawan adikku - Fred. |
Hafez dan Huda. |
Huda, Sri dan Haykal. |
Kak Kamilah dan Kak Ogie. Masing-masing kata, "Macam pernah ku kenal muka ini. Tapi di mana ya?" |
Keluarga Razman. |
Keluarga abang Wira. |
Abang Wira dan isteri. |
Abang Wira menggapai makanan. |
Tetamu datang bertali arus sampailah ke maghrib. Memang penat. Tapi suka nengok orang datang dan enjoy makan-makan kat rumah kami. Ada juga jiran-jiran yang kami ajak tak dapat datang sekadar menghadiahkan kepada kami kuih-muih pengganti diri. Dan ada jugak tetamu yang aku mintak bayaran lebih pasal dia makan banyak sangat sampai habis stok simpanan. Apa-apa pun, terima kasihlah kerana sudi datang bertandang ke rumah kami yang sangat sempit ini. Terima kasih.
Makcik Mini dan ibuku. |
Makcik Mini dan isteriku. |
Kak Shimah, abang Jamal dan ayahku. |
Keluarga Izhar. |
Izuddin dan anak sulungnya. |
Hisham dan anak keduanya. |
Giliran Abang Zul memilih lauk-pauk. |
Adikku dan pakcik Udin. |
Abang Salim dan pakcik Tahar. |
Sepupuku Widi yang terer main badminton. |
Taufik dan Azfa. |
Adib - anak sepupuku. |
Keluarga Widi. |
Pakcik Tahar dan ayahku tergelak mendengar lawak antara bangsa. |
Jiran depan rumah - Ikmal. |
Abang Md Nor, Andy dan Shimi. |
No comments:
Post a Comment