m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, September 21, 2011

19 Syawal: Beraya di rumah Juanih

Rumah yang keempat kami beraya pada hari Sabtu lepas ialah rumah Juanih di Setiawangsa. Kami menjangkakan perjalanan dari Cheras ke sini akan mengambil masa yang sangat lama kerana jam. Tapi syukur, jangkaan kami melesat kerana jalan agak lapang walaupun ramai orang yang buat open house pada hari yang sama.

Di rumah Juanih aku menerkam kambing dulu sebelum ia lari lebih jauh. Dan aku berjaya melapah dan memamah dagingnya yang tidak mandi itu. Lepas makan kambing barulah aku cari makanan lain. Specialty kat sini ialah laksa Sarawak. Sayangnya aku tengah sangat kenyang waktu ini dan tak sempat nak rasa kesemuanya. Menu kat rumah Juanih memang sangat banyak macam makan kat hotel. Kalau kami stay lebih lama mesti akan aku jamah setiap satu  menu yang terhidang. Terima kasih banyak Juanih dan famili.

Bergambar ramai-ramai sesudah makan.

Bersama Juanih dan isteri.

No comments:

Post a Comment