Syawal hari kedua kami balik kampung. Kali ni kampung yang betul-betul kampung iaitu di Assam Jawa, Kuala Selangor. Kami nak cuba ikut highway baru yang namanya highway LATAR. Aku cuba dapatkan panduan menggunakan laluan baru tu dari sepupuku, Hisham. Tapi entah kat mana silapnya, akhirnya kami tersesat masuk pekan Rawang. Tapi tak kisahlah. Yang penting sampai dengan selamat.
Mula-mula kami tuju ke rumah nenek saudaraku, Nek Wok yang terletak di Bukit Badong di daerah Ijok. Nek Wok adalah satu-satunya mak saudara ibuku yang masih ada. Nek Wok nampaknya masih sihat, dan mungkin ingatannya sudah mengurang. Aku, ayahku dan Rosli berbual di ruang tamu dengan anak Nek Wok iaitu pakcik Banuri. Kaum ibu yang lainnya berkumpul di keliling Nek Wok. Aku, isteriku dan Syahmie ambil kesempatan berlegar-legar di perkarangan rumah sambil bergambar dengan backdrop suasana kampung.
Rosli dan ayahku sedang berbual dengan pakcik Banuri. |
Yana dan Wanie mencuba sedaya upaya untuk menghabiskan kuih-muih. |
Isteriku dan Yana, bukan Yuna ya... |
Bergambar dengan Nek Wok. |
Nek Wok dengan ibuku, kakakku dan sepupuku. |
Bergambar beramai-ramai dengan Nek Wok. |
Syahmie, pokok sawit dan isteriku. |
Tunggul kelapa yang misteri. |
Isteriku dan Syahmie. |
No comments:
Post a Comment