Hari Sabtu kami tak ke mana-mana. Kami duduk rumah aje. Aku pulak bangun-bangun tidur je terus pening kepala. Empat biji Panadol Actifast aku telan, tapi masih tak hilang jugak sakit kepalaku. Mungkin semalam tidur terlalu lambat kot. Sebelum tengahari pakcik saudaraku, pakcik Bardan datang ke rumah bersama anak-beranaknya. Masa tu kami tak masak apa-apa lagi. Jadi kami jamulah apa saja yang ada seperti air kosong dan biskut kering. Taklah. Kami suakan biskut raya dan serunding daging serta ketupat pulut segera.
Nadia dan Hairi sebelum ni dah kata nak datang rumah. Jadi secara sepontan isteri aku kata masak bihun tomyam ajelah. Aku okay aje. Isteri aku terus sms adik beradik yang lain untuk datang rumah kami. Yang datang termasuklah Nadia, Hairi, Kak Timah anak-beranak, Kak Esah anak-beranak, Kak Long anak-beranak, Kak Uda, Abang Zahid dan Nana, anak-anak Kak Ogie, ayah dan mak mentuaku.
Anak-anak sangat khusyuk menengok tv cerita kartun kat ruang tamu. Tercengang-cengang mereka menghayati dialog karaktor kartun tersebut. Aku pun tumpang tercengang jugak pasal kartun tu sangatlah kelakar dan menghiburkan. Menjelang maghrib, tetamu pun pulang. Aku sempat memperkenalkan kucing peliharaanku Snow Cat kepada tetamu yang datang. Semua orang kagum dengan saiz gadang kucingku itu. Dan aku merasa bangga hingga kembang lubang hidungku sebesar terowong Karak.
|
Salleh dan Hairi. |
|
Nadia dan Hairi genbira dapat makan bihun tomyam. |
|
Norin dan Fakeha mencedok bihun tomyam ke dalam mangkuk hikmat. |
|
Baby Adrian didokong isteriku. |
|
Syakira, Kak Timah dan Salleh. |
|
Shasha, Nabiha dan Ali sedang menikmati juadah berbuka puasa. |
|
Bonda Rahmah dan Kak Esah. |
|
Kak Uda, Kak Long dan Nana sedang bersembang soal politik di Somalia. |
|
Anak-anak tercengang seribu bahasa ketika menonton kartun di televisyen. |
|
Abang Zai dan Abang Zahid tak dapat menahan perasaan ketika menghirup kuah tomyam. |
|
Ali mendapat ilham untuk menjawab soalan peperiksaan SPM. |
|
Nabiha sedang berbalas sms dengan ..... |
|
Mata Syakira terbeliak kerana Nana menarik rantai ajaib dari lehernya. |
|
Dua orang jejaka hensem ini sedang menilai keenakan tomyam. |
|
Ika dan Yaya terbantut nak makan kerana diburu paparazzi. |
|
Kak Esah, Bonda Rahmah dan Kak Uda. |
|
Dua orang ayahandaku. |
No comments:
Post a Comment