Masa raya memang banyak orang jemput datang open house. Kalau banyak pergi open house maknanya banyaklah makan. Lemak dan kalori semakin membuak-buak dalam badan. Untuk menstabilkan badan yang dah terlalu banyak menerima makanan pelbagai rasa dan ramuan, hendaklah kita pergi bersenam. Maka pada hari Ahad semalam aku pergilah main tenis kat Tasik Titiwangsa dengan geng-geng biasa aku. Aku ajak sekali anak sulung aku, Syahmie. Kebetulan dia pun baru habis UPSR dan dulu pernah ikut training tenis. Jadi aku nak test sama ada dia punya skil masih ada lagi ke tak.
Masa aku datang cuma abang Md Nor aje yang ada. Jadi aku main dengan Syahmie dulu. Abang Md Nor training serve sorang-sorang. Masa training Syahmie aku dapati dia punya skil masih ada sikit-sikit. Kena asah balik biar melekat betul dari segi teknik. Tak lama kemudian Bob pun datang. Dan akhir sekali abang Hj Nordin jugak datang. Kami bermainlah tenis empat orang. Aku partner dengan abang Hj Nordin dan Bob partner dengan abang Md Nor.
Antara keempat-empat kami, aku rasa akulah yang main paling teruk. Dalam set pertama kami dah ketinggalan. Tapi dengan semangat yang ditunjukkan oleh abang Nordin akhirnya kami menang jugak dengan tie-breaker 7-6. Set kedua pun kami ketinggalan 2-5. Tapi abang Nordin memang jenis tak reti nak mengalah punya. Aku dah hampir give up. Akhirnya set yang ini pun kami menang 7-5. Wah! Hebat betul. Pokok pangkalnya mesti kuat mental dan jangan mudah give-up. Rajin kejar, dapatlah banyak mata, dan bolehlah menang.
Syahmie bersemangat main tenis kembali. |
Abang Hj Nordin dan Ali Sarawak. Ali datang masa kami semua nak balik rumah. |
Bob. Masih bujang teruna, tapi sangat handal main tenis, dan ping pong, dan volley ball. |
Masa balik aku nengok ada jamuan Hari Raya jemputan Parlimen Setiawangsa terbuka untuk semua. Ingatkan nak terus singgah ke dewan makan-makan. Tapi aku nengok semua orang tetamu pakai cantik-cantik dan wangi-wangi. Kalau kami masuk dengan pakaian berpeluh dan berbau busuk mesti semua orang lari. Dan siap buat laporan kat Aduan Rakyat TV3 lagi. Last-last aku cakap kat Syahmie, "Mohlah kita balik aje, sarapan kat rumah". Dan kami pun balik, bersiap untuk hadiri open house pulak. (Makan lagi.....)
Jemputan makan sempena Hari Raya untuk semua. |
No comments:
Post a Comment