Selepas solat Jumaat, kami menuju ke Bukit Antarabangsa. Inilah satu-satunya bukit di Malaysia ini yang dihuni oleh warga dari pelbagai negara dan benua termasuklah dari Ukraine, Zanzibar, Mexico, Guatemala, Russia, Iceland dan banyak lagi negara yang tak mampu aku senaraikan di sini semuanya kerana had pada waktu. Dipendekkan cerita, kami ke rumah Izham. Kami konvoi sekali dengan Rozie.
|
Menikmati sate yang sedap. |
|
Izham sangat sibuk melayan tetamu. |
Sesampai di sana, orang memang tengah ramai yang makan-makan tanpa memperdulikan orang lain. Izham sendiri selaku tuan rumah sedang sibuk melayan tetamu. Jadi kami seperti biasa akan melayan diri dengan mencapai apa saja yang dihajati dan diletakkan ke dalam pinggan kami. Aku nampak dan aku capai sate, nasi beriyani dan kambing golek. Ini sudah cukup memenuhi keinginan perutku. Oleh kerana tempat yang agak terhad di bawah khemah, kami duduk di tempat yang lebih relaks, tapi agak jauh sedikit dari makanan. Dan teh tarik, memang sangat-sangat mengujakan aku. Tak cukup dengan makanan ruji, aku makan pulak kuih muih yang berada agak terpencil dari semua orang, tapi sangat dekat dengan aku sekeluarga. Maka mulut kami terus-menerus mengunyah kuih-muih yang tersaji di satu penjuru rumah. Dan bila tiba masa untuk pulang, kami beredar dengan rasa senang hati kerana perut telah kenyang. Terima kasih, bro Izham. Tahun depat kami datang lagi (pada waktu dan hari yang sama).
|
Zul sekeluarga pun suka makan sate. Hari-hari Zul makan sate. Eh! Ya ke? |
|
Santapan sate masih belum berakhir. |
Dari rumah Izham kami singgah sahur sebentar di Masjid Bukit Antarabangsa untuk solat asar. Lepas solat, aku, Syahmie dan Amier sibuk ambil gambar kat luar. Aku pun tak tau kenapa anak-anak aku ber-posing macam askar. Mungkin sebab semangat Hari Malaysia kot. Kebetulan pulak kat masjid ada orang sedang buat majlis akad nikah. Okay. Kami tak nak kacau. Cepat-cepat kami berlalu.
|
Berdiri tegak menghormati lagu Negaraku. Tapi lagu Negaraku-nya lupa nak dipasangkan. |
|
Amier berdiri tegak dengan perut sedikit ke hadapan. |
|
Syahmie berdiri lebih tegak dari tiang bendera Dataran Merdaka. |
No comments:
Post a Comment