Beberapa minggu yang lalu terdengar suara budak-budak suruhan mencanangkan suatu agenda besar akan berlangsung. "Pesanan Tuan Besar Hairi dan Puan Besar Nadia, jambul akan dicukur! Jambul akan dicukur! Jambul akan dicukurrrr!!!" Pemuda-pemuda remaja yang kebetulan mendengar canangan itu gentar perut menerima berita itu. Kebetulan mereka sedang ghairah untuk bergaya dengan fesyen rambut jambul ala-ala K-Pop, kartun Jepun, balung ayam dan badak sumbu. Masing-masing takut seandainya jambul hensem mereka yang akan dicukur. Utusan tadi kurang jelas penceritaannya.
Pada hari yang dijanjikan, pada hari Sabtu 24 September, kami berkumpul di rumah Kak Esah. Bertolak ke rumah kakak Hairi yang cuma sepelaung jauhnya setelah kami minum pagi. Di perkarangan rumah, kami dapati ibu-ibu, makcik-makcik dari kumpulan marhaban paling top di Malaya sedang sarapan pagi. Kami sertai mereka mengambil makanan dan bersarapan. Bihun goreng yang dimasak sendiri oleh Hairi sangat enak rasanya. Aku sendiri tambah sepinggan. Ada juga kuih muih lain yang mengiringi.
|
Azira dan Kak Enon. |
|
Kak Enon dan Kak Esah menikmati sarapan pagi. |
|
Baru habis sarapan. |
Adik Nadia, Emi sangat rajin pagi itu, mengemas meja, mambasuh pinggan mangkuk yang dah terpakai dan memastikan ruang makan bawah khemah sentiasa kemas. Ini semua bagi mengambil hati kakaknya agar jambul yang dimiliki Emi tidak dicukur sama pada majlis itu.
|
Emi cukup rajin pagi itu. Emi sangat risau sekiranya jambulnya dicukur. |
|
Aku tak pasti sama ada Syura sedang menyuap makanan atau sedang menjolok tekak memuntahkan makanan. |
|
Bonda kepada bayi bernama Adrian. |
|
Ayahanda kepada bayi bernama Adrian. |
|
Nadia dan kakak iparnya. |
|
Emi terus-terusan bekerja. "Wahai kakakku Nadia, janganlah kau cukur jambul hensem ku ini". |
Setelah makan-makan dan minum-minum, kami bersembang sambil menunggu acara selanjutnya berlangsung. Aku lihat makcik-makcik geng marhaban siap minum air asam jawa, minum air limau suam, telan telur mentah beberapa biji, untuk memastikan suara yang akan dialunkan ketika berzanji dan marhaban nanti akan menjadi lunak dan enak didengari. Ada segelintir makcik-makcik siap buat "bubbling" lagi - brrrrrrr brrrrr brrrrrr do re mi fa so la ti do... Mereka memang profesional dan telah dilatih oleh guru vokal tersohor, Puan Siti Hajar. Dan tak lama kemudian bermulalah acara berzanji dan marhaban. Masing-masing makin gementar, menanti jambul siapakah yang bakal dicukur nanti...
Bersambung...
|
Hafez dan Hairi berdialog soal politik Somalia, Nigeria, Sudan, Congo, Ghana, Cameroon dan Zambia. |
|
Abang Ngah bersantai selepas sarapan. Tak sabar nak mencukur jambul mangsa. |
|
Makcik Intan mengajar anak buahnya, Hani tentang bahaya lepak kat tengah jalan. |
No comments:
Post a Comment