Hari Sabtu adalah hari yang paling popular bagi mereka yang nak buat open house pada bulan Syawal. Sabtu lepas baru ni, kami ada 6 buah rumah kami kena pergi untuk makan-makan. Sebelum keluar rumah aku dah susun strategi dan adjust perut aku untuk memuatkan makanan yang banyak dan pelbagai agar badan aku akan tetap berada dalam keadaan selesa. Plan asalnya pagi tu nak jumpa doktor kat hospital. Appoinment dah dibuat. Sekali tup tup dengar cerita doktor accident. Cancel-lah appoinment tadi dan terus kami pergi beraya.
Rumah pertama yang kami pergi hari tu ialah rumah Ana di Putrajaya. Kami sampai awal. Sangat awal. Terpaksalah buat macam tu pasal nak kejarkan 6 buah rumahlah katakan. Kami jadi orang pertama yang merasmikan makanan yang Ana masak. Untuk itu, majlis potong riben dan press conference diadakan sempena perasmian open house pada hari itu. Yang tukang potong ribennya kami jugaklah. Wah! Sedap sungguh makan kat rumah Ana. Lebih-lebih lagi yang masih baru terhidang. Ada nasi hujan panas ribut petir sabung menyabung. Ayam masak pebagai. Ada apam polka dot yang hebat. Pokok pangkalnya kami memang puas makan kat rumah pertama pada hari itu.
Sedang makan nasi dengan khusyuk. |
Semua orang makan, Amier dok main I-Pad. |
Wanie paling enjoy makan. |
Bergambar bersama Ana. |
Hafiz datang terkemudian sikit. Bergambar sebelum mintak diri. |
No comments:
Post a Comment