Kami sampai di rumah Bibik Saodah di Batu Belah Batu Bertangkup, Kelang waktu tengahari. Memang waktu makan tengaharilah. Dan perut kami waktu tu memang tengah mengalunkan lagu Keroncong Untuk Ana. Sesampai di rumah, aku terus mencapai balang kuih berisi rempeyek. Kemudian aku capai pulak balang kuih tiram, balang kerepek pisang, balang kacang goreng, balang kuih bangkit, balang gula, balang garam, balang cabutan bertuah dan segala jenis balang yang wujud di rumah bibik.
Tak lama kemudian bibik memanggil dan menjemput kami untuk makan tengah hari. Menunya ialah bihun goreng. Tajuk menu tu macam biasa aje, tapi bila dijamah, luar biasa rasanya. Kami makan, tambah, makan lagi, tambah lagi, sampai licin dulang berisi bihun goreng. Bibik kata, "Takpa, ada lagi". Kami sangat bahagia dan terus menunggu di meja makan untuk hidangan seterusnya. Tak lama kami menunggu, dua lagi dulang berisi bihun goreng hebat disajikan. Dan kami cedok dan makan lagi, dan lagi, dan lagi sampai perut menjerit mengarahkan berhenti kerana tak sanggup menanggung risiko perut meletup. Burp! Syukur Alhamdulillah...
|
Yana dan kakakku nak tambah lagi. |
|
Syahmie terus menerpa ke arah bihun tanpa segan atau silu. |
|
Isteriku menjamah dengan gembiranya. |
|
Syahmie terlalu lapar dan nak habiskan bihun goreng dalam dulang. |
|
Aku makan tanpa menoleh ke kiri atau kanan. |
No comments:
Post a Comment