Hari Sabtu 10 September lepas bermulalah era Open House Eid Mubarak seperti tahun-tahun yang lepas jugak. Semua lebuhraya akan sesak teruk. Kenderaan bertali arus menghala ke semua pelusuk ruang kerana nak mengisi perut yang memang dah penuh demi memenuhi undangan makan saudara-mara dan sahabat handai.
Dari tempat MdNor di Putrajaya, kami terus menghala ke Kundang. Aku cuba meneka laluan mana yang paling afdal dan lapang untuk sampai ke destinasi dengan cepat. Aku mati kutu. Semua laluan yang kami lalui dipenuhi dengan trafik berat dan padat. Lebih lama beraya dalam kereta dari beraya di rumah kenalan. Kami ikut Lebuhraya Duke yang selalunya lengang. Pada hari tu, jalan Duke pun jam. Kereta bukan main punya banyak tak terkira. Dahlah tu, ada pulak kereta accident langgar tembok. Kot ya pun nak accident, carilah tempat yang takda orang macam kat hutan ke, sawah bendang ke, gurun pasir ke. Ini tak, kat highway jugak dia pilih nak accident. Sepanjang aku memandu memang terbuku rasa tension yang bukan kepalang. Setelah tiga hari tiga malam memandu, barulah kami sampai ke destinasi - rumah abang iparku di Kundang.
Abang iparku yang muda, Encik Karim. |
Bersantai selepas makan-makan. |
Bersembang isu semasa. |
Rupanya abang iparku pun dah naik risau dan hairan, apasal orang tak sampai-sampai lagi kat rumah dia? Jemputan pukul 1 tengahari. Tapi sampai ke petang masih tak muncul jugak. Kami sendiri sampai Kundang jam 5 lebih. Abang Ngah dan Kak Ogie dah sampai. Yang lain masih terperangkap dalam jam lebuhraya yang sangat dahsyat. Dengar khabarnya kapal terbang pun kena beratur queque kat udara nak pergi ke tempat-tempat yang dituju. Sesampainya di rumah, kami terus makan. Menu yang hebat adalah rendang kambing dan daging rusa. Aku paling minat rendang kambing. Lagi kuat bau dia, lagi power rasa dia. Aku tak dapat menahan perasaan ketika menjamah rendang kambing tu. Terpaksa aku mengembek sekuat hati untuk mengekspresikan kesedapan rasanya.
Amier dengan semangat kenegeriannya. |
Menengok Haykal main I-Pad. |
Kat depan rumah abang ipar aku ada taman permainan kanak-kanak. Memang menjadi kegilaan kanak-kanak yang bertamu di situ untuk menyinggah kat taman dan bermain dengan alatan permainan yang tersedia. Amier tak terkecuali. Buaian, jongkang-jongkit, tempat gayut kera, gelungsur, semua dia main dengan perasaan yang sangat gembira. Bukan saja Amier, tapi Kamil, Ika, Kamelia dan Wanie pun ambil kesempatan untuk main bersama.
Amier dan Kamil. |
Wanie sangat gembira di taman permainan. |
Kamil dan Ika. |
Kamelia dan Adam turut gembira. |
Bermain semua jenis mainan. |
Amier yang paling happy. |
Akid tak main, tapi dia pun happy. |
Ketika di rumah, Is tunjuk kemahirannya membuat silap mata. Is cukup mahir membuat magic dengan daun kad. Tukar A jadi King, tukar 3 spade jadi Queen diamond. Dan macam-macam lagi trick yang membuatkan semua orang terkaku dan tercengang-cengang. Lepas tu dia buat magik keluar lampu merah pulak. Lepas tu buat magik hilang-hilang barang. Semakin lama semakin dahsyat silap mata dia. Kami suruh Is hilangkan rumah abang ipar aku tu. Is dah semangat nak buat, tapi abang ipar aku terpaksa merayu supaya dibatalkan aje cadangan tu. Takut-takut kalau dah hilang, tak boleh muncul balik. Nak tidur manalah pulak malam nanti.
Is dengan magik hebatnya. |
Santai lagi setelah kekenyangan. |
Kami beredar dari Kundang selepas solat maghrib untuk ke Tasik Puteri pulak. Masa tu perut memang dah kenyang betul. Badan pulak dah agak penat pasal terlalu lama duduk atas seat kereta. Okay moh le kita pergi ke Tasik Puteri pulak!
Thaqif gembira dipangku oleh isteriku dan Shura. |
No comments:
Post a Comment