Rumah kedua yang kami pergi beraya pada hari Sabtu lepas ialah rumah Kak Yati di Bandar Tun Hussein Onn Jaafar. Tahun lepas kami dah pernah beraya di sini dan aku sedikit sebanyak dah tau apa yang nak dimakan. Seperti dijangka, Kak Yati masak laksa Johor yang sangat hebat. Yang penting pasal laksa Johor ialah kuah dia. Kalau kuah dia sedap mesti seluruh laksa tu akan jadi sedap. Kuah dia diperbuat dari ikan-ikan terpilih sahaja seperti ikan paus dan ikan duyung. Selain tu, ada pulak mi Jawa. Yang ini pun sangat kaw dan lazat. Unsur-unsur ke-Jawaan-nya itu sangat terserlah, sampaikan kalau mat saleh makan pun pasti akan melekat lidah Jawanya itu.
Itu baru cerita pasal main course. Belum cerita pasal dessert lagi. Ada pulut dengan kuah durian. Bukan durian Belanda, tapi durian Melayu asli. Ada tapai buatan sendiri (yang telah dikenalpasti tak merbahaya, dan tak mengakibatkan jari putus). Ada buah-buahan segar. Kami pulaknya makan kat dapur mengadap makanan depan mata. Sesuka hati kamilah nak tambah apa-apa yang patut sampai tak hiraukan pasal orang kat belakang rumah. Malah kalau kami rasa nak goreng telur, masak Maggi ke, kami akan self servis. Maklumlah, dah duduk kat dapur.
Bercerita sambil makan-makan di dapur. |
Tapai pulut ini dibuat sendiri oleh bibik. |
Masa kami mula jejakkan kaki kat dalam rumah, baby kak Yati terus tarik tangan wife aku dan bawak bersiar-siar di bahagian dapun. Baby tu sangat comel dan selalu tersenyum manis. Semua orang geram nengok dia. Pipinya pulak chubby dan merah. Sesuai untuk dicubit.
Bersama baby yang comel. |
Bersama Kak Yati. |
Kami sempat tumpang solat zuhur kat rumah Kak Yati di bilik hadapan. Ada sekor kucing sedang sedap tidur dalam katil bayi. Kucing tu punyalah mengantuk sampaikan kami kacau dia pun dia tak bangun dan buat tak peduli aje. Kucing tu siap tutup muka lagi pasal tak nak diganggu. Tapi itulah yang membuatkan aku dan anak-anak lebih berminat nak kacau dia. Lepas solat, kami mintak diri untuk beraya ke tempat lain pulak. Terima kasih Kak Yati. Tahun depan jangan lupa jemput lagi.
Kucing paling mengantuk di dunia. |
No comments:
Post a Comment