Selepas solat asar pada hari Sabtu lepas, aku sekeluarga meredah trafik menuju ke Taman Tun Hussein Onn ke rumah teman. Waktu kami sampai aje terdengar oleh kami lagu Hindustan. Alamak! Ini perayaan Hari Raya atau Deepavali? Tapi tak kisahlah. Yang penting dapat jumpa kengkawan dan dapat makan-makan. Rupanya bukan saja lagu Hindustan, lagu Cina pun DJ tu layan. Oh... Satu Malaysia punya konseplah tu. Baru aku faham.
Di samping Nordin-tuan rumah yang peramah. |
Kami mulakan dengan memakan dessert dulu seperti buah-buahan, tapai, dadih dan pekena teh tarik yang hebat. Lepas tu baru aku makan nasi beriyani. Tapi yang aku paling suka ialah ayam barbeque makan panas-panas. Aku siap tunggu kat tepi tukang bakar tu. Bila dia siap aje bakar, aku pun terus menerpa dengan pantas menyambar ayam yang sedang menggelegak tadi dan terus memamahnya. Memang sangat sedap! Kalau ikutkan perasaan, dengan dia punya tempat bakar sekali aku nak angkut letak dalam pinggan. Kami tumpang solat maghrib kat rumah Nordin yang cantik berhias tu. Kemudian sambung makan lagi untuk seketika sebelum beredar untuk ke sebuah lagi rumah di Merong MahaWangsa Maju - rumah anak saudara.
Di dalam rumah menikmati juadah. |
Amier punya favourite - kuih tiga segi samosa. |
Sam, Nordin dan Joroji. |
Masa ni dah kenyang sangat. |
Pak Tib sampai lambat sikit. |
Masa ni dah nak balik. |
Bakri sampai lagi lambat. Tapi dia gembira pasal makanan masih banyak tersimpan. |
No comments:
Post a Comment