Kawan tidur sebantalku masa kat UTM akhirnya menjemput aku datang beraya di perkarangan pejabat barunya di Putrajaya. Pejabat yang simple tapi mencerminkan identitinya. Nama kawan aku tu MdNor. Aku sampai tengahari. Waktu tu dah ramai tetamu yang datang makan-makan. Macam-macam makanan yang terhidang. Kami satu famili memang sangat teruja melihat makanan yang banyak dan lazat itu. Kami bedal sate Kajang. Lepas tu nasi hujan panas ribut petir. Kuih muih. Dan yang paling power ialah kambing mati tergolek. Aku capai rusuk kambing tu dan meggigitnya sepenuh hati. Masa tu kambing tu masih mengembek lagi.
Bersama tuan rumah, MdNor. |
Rupanya MdNor turut menjemput ramai kawan-kawan dari ofis lama di KL LinearCity dan Monorail. Macam reunion-lah pulak. Seronok aku dapat hadir. Sambil makan, sambil menyembang. Kalau tak kerana lepas ni kami kena menghala ke Rawang, aku mungkin plan nak stay lama sikit kat tempat MdNor. Kami beredar kira-kira jam 3 petang. Next year jangan lupa jemput lagi, okay?
Bersama Kun Lim (boss lama), Ak Don (dulu sama-sama kat KL LinearCity) dan isterinya. |
Bersama Edry (junior kat UTM). |
Bersama geng monorel, Mr Kan dan Haji Zul. |
Bersama Pik Hwa dan Gan. |
Bersama Azman (junior kat UTM). |
Besama Shahrin (Anak buah MdNor & rakan ofis monorel) dan isterinya. |
Amier sentiasa gembira bila jumpa tempat luas. |
Ofis MdNor yang simple tapi sibuk. |
Bro, makan ke tak kat open house tu? baju bersih je,, :)
ReplyDelete