Hari Sabtu semalam aku berjalan-jalan satu keluarga cari makan di rumah-rumah teman dan saudara-mara. Pagi Ahad ini aku bertekad nak bakar sikit lemak dan kalori yang dah terkumpul semalam. Tapi tiba-tiba pada awal pagi perutku dah mula meragam. Sakit bukan kepalang. Pagi ni saja dah tiga kali aku pergi melabur di bank. Sebelum keluar rumah tadi pun aku rasa perut aku masih belum betul-betul pulih. Tapi aku teruskan juga ke Tasik Titiwangsa untuk mencari peluang main tenis.
Di Tasik Titiwangsa abang Hj Nordin tengah coaching budak sekolah. Jadi aku call Bob untuk join aku main tenis. Aku bayar court untuk jam 9-10 pagi. Sementara tunggu pukul 9 aku nengoklah abang Kamal dan isterinya stroke bola tenis. Bila jam 9 aje aku dan Bob pun terus melompat mencapai raket dan bola. Abang Hj Nordin dan abang Kamal jugak join kami. Dan kami mainlah bergu. Aku partner dengan abang Hj Nordin dan Bob partner dengan abang Kamal. Tapi perlu diingat, perut aku masih ada rasa sakit lagi. Dan semakin banyak aku bergerak dan berlari, maka semakin kuat pulaklah rasa sakit perut ku ini.
Aku main sangat teruk. Mungkin sebahagain mindaku masih terfikir soal perutku yang tak berapa stabil. Dan ketika kami tengah ketinggalan 2-3, sakit memulasku makin menjadi-jadi. Dan kebetulan Syahwal pun datang. Jadi aku pun jeritlah kat Syahwal, "Syahwal! Ganti aku. Nak kena pergi bank. Sakit perut." Aku pun bergegas ke tandas awam yang berdekatan. Bayar 20 sen dan terus masuk ke dalam. Sesampainya kat dalam tandas, semua pintu tertutup. Tandas penuh, dan siap ada dua orang lain sedang tunggu giliran. Aku pun menjerit, "Aduhai! Habislah perutku!!!" Sambil menahan sakit perut, dalam hatiku berkata-kata:
"Adduuhhh,, sssakkkittnyaa perrrutt kkkuu innii. Mmmemmmullass-mmullasss bbbaggaii bbbuahh pppuulllasssann yanggg dipulllasss-pullllasss. Cepppattllahh kkkorrraannngg kkaat dalllamm. Kennnapppa korranngg llammmbbbattt ssaangatt nnnii... Koorranngg berrrrakkk battttuuuu kkeee???" Tiba-tiba satu pintu terbuka. Seorang pakcik keluar dengan wajah berseri-seri dan penuh ceria. Aku kelam-kabut masuk dalam dan melunaskan hajatku yang dah lama tertangguh tadi.
Selepas memerut, aku sambung main. Kali ni aku partner dengan Syahwal dan Bob masih partner dengan abang Kamal. Kami kalah 2-6. Kehebatan Syahwal sebagai pemain rank no. 1 di ATM (Angkatan Tentera Malaysia, bukan ATM Bank) tak dapat membantu kelemahan yang aku pamerkan pada perlawanan tadi. Dan hujan pun turun sebaik set habis. Kami berhenti main dan duduk rehat seketika sebelum aku melangkah pulang. Syahwal dan Bob masih sambung main setelah hujan berhenti. Aku puas sebab dapat beraksi di gelanggang, walaupun kalah. Minggu lepas dah menang, minggu ni giliran untuk kalahlah pulak.
Yang merah tu kasut Syahwal. Yang selipar buruk tu aku punya - buat pergi toilet. |
Bob dan Syahwal sedang berinternet. |
No comments:
Post a Comment