Selepas solat asar di PJ (pada hari Ahad), kami terus ke Shah Alam untuk beraya di rumah sepupuku, Razman. Selalunya kalau kami ke sana memang kami akan sesat barat. Tak taulah kenapa kami akan selalu menghala ke bahagian barat dan bukan ke arah-arah lain seperti utara, timur atau selatan. Tapi kali ini isteri aku menggunakan GPS I-Pad-nya dan menjadi co-pilot. Kami sampai di kawasan perumahan dengan sangat mudah. Tanpa sangkut-sangkut, dan tanpa jam. Tapi masa nak cari rumah dia kat dalam kawasan taman tu kami boleh sesat pulak. Jenuh tawaf banyak round nak cari nama jalan. Rupa-rupanya pemaju susun jalan tak ikut turutan. Main hantam saja. Jadi itulah yang membuatkan kami konfius. Tapi pokok pangkalnya kami sampai jugak ke destinasi.
Lepas solat maghrib, kami makan-makan dan berborak-borak sebelum meminta diri untuk ke Bukit Jelutong pulak ke rumah sepupu aku yang satu lagi. Jom pergi beraya!
Melayan makanan. |
Baru lepas makan. |
Masih makan. |
Dah kenyang. Sangat kenyang. |
No comments:
Post a Comment