Rumah terakhir yang kami pergi pada Syawal pertama ialah rumah kakak iparku, Kak Long. Semua adik beradik berkumpul kat situ untuk makan malam. Sesampai di rumah Kak Long, kami disajikan dengan tayangan gambar khas Hari Raya iaitu video perkahwinan Zila dan Ardy pada awal tahun. Semua orang terlopong dan ternganga-nganga melihat video yang sangat artistik itu. Aku kagum dengan kehandalan dan kreativiti sekumpulan anak-anak muda yang membuat dan menerbitkan video yang sedemikian. Especially masa diorang ambik close-up shot muka aku - sangat menarik. Dahlah tu lama pulak dia zoom kat muka aku. Ada dekat tiga empat jam jugaklah muka aku kena zoom sampai nampak lubang hidung dan isi kandungannya.
|
Bergaya sebelum menapak masuk ke dalam rumah Mak Long. |
|
Semua sedang asyik menonton video kahwin Zila-Ardy. |
|
Video kahwin Zila-Ardy sangat artistik. |
|
Ali dan posing Diraja. |
|
Syura & Norin. |
Sambil nengok video, kami jugak disajikan dengan makanan kuetiau panas dengan udang besar-besar yang bergelumang dengan kuetiau tersebut. Udang tu punyalah besar sampaikan kalau letak dalam mangkuk besar, ekor dia siap terkeluar dan melabuh atas meja. Ada jugak cekodok panas yang dimakan dengan sos cili. Cukup mempesonakan betul rasa dia. Banyak aku makan cekodok ni. Bila ditanya chef yang masak cekodok ni, katanya ia menggunakan jenis spesis kodok yang terbaik yang di-blend ke dalam tepung. Oh! Patutlah sedapnya menjilat jari. Satu lagi menu yang mendapat pujaan ramai ialah chocolate fountain. Anak-anak kecil dan remaja serta muda mudi memang cepat terpikat dengan menu yang satu ini. Aku pun try dan rasa sangat sedap. Macam-macam benda boleh disalut dengan chocolate. Ada buah-buahan dan biskut. Aku turut mencuba menyalut batang pensel, selipar, kotak mancis dan televisyen dengan cokelat dan rasanya sangat menakjubkan, especially kotak mancis. Bila api dia menyala terasa kesedapannya yang sukar digambarkan.
|
Kamil teruja dengan chocolate fountain. |
|
Faiisal dan Ali dengan pose terhebat dekad ini. |
|
Hidayat sedang menghayati pancuran dan lelehan cokelat. |
|
Makanan yang nampak sedap itu memang sebenarnya sedap. |
|
Pak Long dan Kois turut gembira. |
|
Wanie suka makan cokelat. Hari-hari Wanie makan cokelat. |
|
Atuk Atan sedang menikmati juadah malam raya. |
|
Acap Ashraf dan Faridz. |
|
Taufik mencungkil gigi dengan penuh perasaan. |
|
Ika gembira dapat makan kuetiau goreng banyak udang. |
Aku juga dapati telah menjadi trend anak muda sekarang berjinak-jinak dengan kamera XLR dan bidang fotografi. Ini satu perkembangan yang positif. Cuma nak beli kamera tu agak mahal sikitlah. Jadi yang beli kamera, Faridz dan yang tumpang pakai ramai-ramai termasuklah Taufik, Syakira dan Syura. Hasilnya aku nengok okay jugak. Macam-macam boleh buat dengan kamera yang hebat. Kalau setakat pakai kamera autofokus kurang sikit kemampuannya.
|
Syakira jadi kamera girl malam tu. |
Malam tu semua orang happy walaupun letih. Pakai baju kaler-kaler, makan macam-macam, dan tengok video ramai-ramai. Kami balik kira-kira jam sepuluh malam kot. Sampai rumah memang flat. Musim raya memang musim yang memenatkan. Badan penat banyak bergerak. Perut penat banyak makan. Mata penat banyak berjaga. Tapi yang penting, silaturrahim lebih kuat terikat pada musim ini.
|
Syafiyah dan isteriku. |
|
Syafika menikmati lollipop perasa masam. |
|
Kois sentiasa gembira walaupun pada saat-saat yang sukar. |
|
Ashraf pula buat posing Diraja. |
|
Faiisal berbaju merah. Paling menonjol malam itu. |
|
Mak Anjang beraya selepas penat menjadi host. |
|
Anak-anak yang happy go lucky. |
No comments:
Post a Comment