Rumah terakhir yang kami beraya pada Hari Malaysia ialah rumah Yanti di Pandan Indah. Masa kami sampai tetamu-tetamu lain banyak yang telah pulang. Jadi kami boleh conquer seluruh makanan yang terhidang tanpa perlu berebut dan berasak-asak dengan tetamu yang lain. Tapi malangnya perut aku tengah kenyang yang amat sangat. Tapi aku memang cukup berkenan dengan bihun sup yang dihidangkan. Lalu aku pun ambil semangkuk yang masih panas-panas dan jamah dengan penuh nikmatnya. Selain tu aku makan kuih-kuih ajelah buat penyendal gigi. Tak lama lepas kami datang, hujan turun dengan sangat lebat dan kilat sabung-menyabung. Amier yang melihat kilat dan mendengar guruh mengaum lantang terus menangis dan perlu dipeluk. Akhirnya Amier tertidur di pelukan aku. Selepas hujan agak reda, kami minta diri untuk pulang. Aku sekeluarga pun dah memang sangat letih. Plan asal nak pergi rumah Rozie. Terpaksa kami batalkan. Perut kami pun tengah meragam pulak tu. Jadi balik ajelah.
Bergambar bersama Yanti (kedua dari kiri). |
No comments:
Post a Comment