Hari ini adalah hari penting dan hari besar bagi anak-anak dalam tahun 6 persekolahan. Dan hari mak bapak berisau-risauan bagi mereka yang ada anak darjah 6. Hari ni hari pertama peperiksaan UPSR berlangsung. Mula hari ni dan tamat hari Khamis nanti. Ini adalah pengalaman pertama kami hantar anak ke sekolah ambil periksa UPSR. Yang lebih merunsingkan kami adalah bila ditanya mana jadual periksa, kata Syahmie tak ada. Kami ingatkan hari ni periksa BM aje. Rupanya bila aku tanya kawan aku, Raja Jaafar aka Pau from Wattop, dia kata ada exam Mathematics sekali. Kami yang agak gabra. Syahmie buat muka selamba dia aje.
|
Pau dan aku datang ke sekolah memberi perangsang kepada anak masing-masing. "Buat yang terbaek". |
Kami masuk ke perkarangan sekolah. Murid-murid tengah duduk kat lantai sambil guru-guru memberi taklimat. Ada cikgu BM siap bagi last minute punya tutorial. Lepas tu ada pulak sessi soal jawab antara murid dan guru berkenaan. Memang betul-betul kat penghujung saat sebelum murid diarah masuk ke dewan peperiksaan.
|
Syahmie dan kad calon peperiksan UPSR. |
Dalam banyak-banyak murid tu ada yang nampak senyap (mungkin nak ambil mood periksa sambil fokus), ada yang masih main-main, ada yang bawak pensel selambak macam nak jual kat kedai, ada yang masih bawak nota dan buku nak buat ulangkaji tahap akhir yang terakhir. Dan Syahmie, macam biasa dia suka yang minimal dan paling simple dan ringan. Kalau boleh bawak pensel kontot, Syahmie akan bawak pensel kontot. Pemadam pun kalau boleh nak bawak setengah aje. Tapi pihak sekolah tetap membekalkan pensel dan pemadam bagi murid yang terlupa atau tak sempat nak bawak perkakas berkenaan. Aku jugak perasan ada sorang classmate Syahmie yang demam. Panas badannya bila aku pegang. Kesian jugak kat dia. Mak dia siap bekalkan air badak buat penyejuk badan. Semoga dia lebih segar ketika menjawab soalan.
|
Tiga sekawan sedang menumpukan perhatian terhadap nasihat guru. |
|
Murid-murid calon UPSR mendengar taklimat dengan semangat membara. |
|
Cikgu BM, Puan Ayu sedang bagi tuisyen tahap penghujung rindu. |
Kami mulanya niat nak hantar Syahmie aje, lepas tu straight pergi ofis. Tapi pasal nak ambil jadual periksa yang dah hilang punya pasal, kenalah turun kereta dan masuk dalam sekolah. Bila kat sekolah kami nengok ada van TV3 pulak. Maka makin kami stay lama sikitlah. Rupanya ada siaran langsung Malaysia Hari Ini (MHI). Wah! Glamer jugak sekolah anak aku ni ya. Host dia ialah Ally Iskandar. Kami pun bertenggek-tenggeklah dekat-dekat dengan kamera. Manalah atau dapat jadi extra dan dapat masuk tv. Aku siap terlompat terkinja-kinja nak dapat perhatian kamera. Lepas pelajar masuk ke dalam dewan peperiksaan, dan nampak gaya siaran macam dah nak selesai, kami pun beredarlah dari sekolah menghala ke ofis pulak. Semoga Syahmie dan semua calon peperiksaan UPSR dapat jawab dengan cemerlang dan memperolehi 5A.
|
Van apa ni? Inilah van TV3. |
|
"Who am I? I am Ally. Who is Ally? Ally is Kandar". |
No comments:
Post a Comment