Pada hari Ahad lepas kami tak banyak berjalan. Pagi tu aku main tenis dengan kengkawan kat Titiwangsa. Pagi tu jugak perut aku meragam tak menentu. Actually sampai ke siang perut aku sakit. Hari Isnin pulak Syahmie akan ambil peperiksaan UPSRA - sekolah agama. Ini adalah antara faktor mengapa kami tak beriya-iya nak berjalan sangat.
Walau bagaimanapun, kami berjalan jugak beraya di Taman Bunga Raya, Setapak untuk berjumpa kawan baik lama mak aku yang kebetulan merupakan makcik saudara isteri aku. Hari tu masa kami ziarah, makcik Rogayah (nama kawan mak aku tu) masih tak boleh bangun sangat pasal tulang sebelah belakang nya cedera. Kali ni kami pergi ziarah, nampak gayanya makcik Rogayah dah semakin sihat. Semoga beliau lebih sihat lagilah selepas ni.
|
Ayah dan ibuku menjamah kerepek dan maruku. |
|
Kerepek dan maruku jugak yang menjadi rebutan. |
Kami ke sana selepas solat zuhur. Tapi bertolak dari rumah lebih kurang pukul 3 petang. Bila sampai aje, kami disambut oleh makcik Rogayah dan pakcik Mokhtar. Sambil berbual, kami makan kuih raya. Non stop kami mengunyah. Sebelum kami beredar, kami telah dihadiahkan oleh mereka dua helai t-shirt dan sebekas makanan Johor yang diberi nama Arisa. Aku ingat orang perrempuan aje ada nama Arisa. Rupanya makanan pun ada nama Arisa jugak. Aku check portal rasmi negeri Johor, dia kata makanan ni kat Johor pun dah susah nak jumpa. Cuma dimakan oleh golongan elit aje. Aku masih belum rasa lagi masakan ni. Tapi kata makcik Rogayah, makannya dengan cili tumbuk yang diletak garam dan limau sedikit. Jangan taruk belacan. Nanti-nantilah aku rasa.
|
Wanie pun makan maruku jugak. |
|
Bergambar dengan makcik Rogayah. |
|
Arisa binti ..... Tak, ini bukan nama orang. Ini makanan tradisional orang Johor, diperbuat dari daging. Wajib cuba. |
No comments:
Post a Comment