Dari Bukit Badong kami terus menghala ke Assam Jawa ke rumah makcik Mini, adik ibuku. Jarak Bukit Badong ke Assam Jawa taklah jauh sangat. Tapi oleh kerana traffic jam yang teruk sepanjang 8 kilometer menghala ke simpang tiga Assam Jawa, kami terpaksa duduk lama dalam kereta menahan perasaan bosan yang tak terperi. Punca traffic jam bukan pasal ada accident. Bukan jugak pasal kereta rosak. Pasal orang repair jalan pun bukan jugak. Tapi pasal traffic light kat simpang tiga Assam Jawa tu lah. Dan jugak pasal highway LATAR yang baru dibuka, maka lebih banyaklah kenderaan yang memintas ikut jalan yang sempit ni.
|
Teruknya jam! Aku sangat tension ketika ini pasal kebetulan ayahku pulak tengah sakit perut. |
|
Amier mengintai-intai. |
Akhirnya kami sampai jugak kat rumah makcik Mini kira-kira jam 3 petang. Yang kami idam-idamkan ialah masakan makcik Mini. Perut memang dah lapar pasal belum makan tengahari. Masakan terhebat makcik Mini ialah gulai lemak cili api daging, bersulam dengan jeruk ikan tenggiri goreng. Memang akan bertambah-tambahlah kalau makan. Aku sendiri makan sampai tak boleh bergerak pasal perut terlalu memboyot macam orang mengandung 12 bulan.
|
Masakan yang sangat hebat. Betul! Aku tak tipu langsung! |
|
Melayan I-Pad selepas makan. |
|
Amier memang suka berekspresi yang macam-macam. |
Anak makcik Mini, Hisham adalah seorang mekanik kereta. Bengkel kereta terletak betul-betul di laman depan rumah. Jadi aku, Syahmie dan Amier pun melihat-lihatlah keadaan sekelilling sambil bergambar dengan peralatan kereta dan rangka kereta yang dah tak digunakan lagi. Amier cukup seronok main kereta rosak, macam pandu kereta F1.
|
"Rantai ini sangat misteri", bisik hati kecil Syahmie. |
|
Amier dan rantai besi. |
|
Amier sedang pandu kereta F1. |
|
Amier sedang buat drift. |
Selain masakan daging masak gulai lemak cili api yang menjadi kegilaan kami, kami jugak sangat terpesona dengan minuman teh tarik yang sangat hebat hasil air tangan makcik Mini. Teh tarik kat kedai mamak pun tak boleh challenge. Sebelum pulang, kami minum beberapa cawan teh tarik dengan merasa cukup gumbira.
|
Menikmati teh tarik terhebat di dunia. |
No comments:
Post a Comment