Rumah terakhir yang kami pergi beraya pada hari Sabtu lepas ialah rumah anak saudara kami, Hafez dan Huda yang terletak di Hikayat Merong MahaWangsa Maju. Masa tu memang dah malam betul. Badan pun dah memang penat betul. Perut pun dah memang kenyang betul. Tapi kami penuhi jugak undangan ini. Makanan sebegitu banyak telah disediakan, perlulah dihabiskan. Kebetulan ayah Hafez yang terer masak tu ada jugak buat nasi goreng sedap. Oleh kerana dah pesan awal-awal suruh reserve-kan sikit, maka dapat jugaklah kami merasa keenakan masakan Pak Wahab.
Masa kami sampai tu masih ada ramai orang lagi. Aku terpaksa ambil nafas panjang dulu dan makan ayam bakar. Bila agak-agak dah settle sikit kat perut, barulah aku capai nasi goreng sedap, pekena pulak dengan kuah kicap sedap. Memang jadi lebih sedap.
Ali dah kenyang. Mak Uda masih kelaparan. "Aduh! Laparnya!" kata Mak Uda. |
Wanie: "Aduhai! Inilah ayam bakar yang paling sedap pernah saya makan sepanjang saya bersekolah". |
Menjamah nasi goreng sedap, masakan Pak Wahab - ayah Hafez. |
Tengah settle-kan perut masing-masing. Burrrpppp... |
Masih ada ruang - boleh sumbat lagi. |
Kebetulan kat tv ada live game bola EPL. Aku pun layan nengoklah dengan Hafez game Chelsea lawan Swansea. Sementara tu budak-budak main kat bilik depan ramai-ramai. Bila first half habis, barulah kami mintak diri untuk balik. Huda bekalkan kami laksa Terengganu yang sedap. Dan aku sempat jugak meneguk air laici kotak yang sedap. Balik rumah, cepat-cepat solat isyak dan zzzzzzzz....
Lepas dah kenyang, berborak santailah. |
Dah kenyang. Time untuk melayan perasaan. |
"Ini belon. Belon tak boleh dimakan. Jadi saya pegang aje." |
No comments:
Post a Comment