Kami bersyawal di Tasik Puteri, Rawang rumah abang iparku, abang Ngah. Waktu kami tiba sudah hampir waktu isyak. Ramai orang yang terdiri dari teman-teman dan murid-murid kakak birasku memenuhi ruang laman dan ruang tamu. Sangat meriah. Tapi aku sebenarnya sudah agak longlai kerana sehari suntuk meredah sesak jalan di Lembah Kelang.
Yang aku tau, makanan istimewa kat sini ialah laksa Terenganu-nya. Ya, dan itulah makanan yang aku terjah dulu. Memang seperti selalu - cantik menarik tertarik kau memang da bomb! Malangnya letih tubuhku telah menjangkit pulak ke perutku. Jadi aku tak dapat makan banyak. Sate hati ayam yang dihidangkan jugak merupakan salah satu dari favourite aku. Jarang jumpa sate macam ni kat majlis makan-makan. Abang Ngah dan Kak Enon macam tau-tau aje selera aku. Sementara menanti waktu untuk pulang, kami menonton cerita Om Bak 2 di Astro sambil gigi meratah kacang goreng. Kami bertolak pulang agak lewat dan mata sudah separuh layu ketika memandu di lebuhraya...
Abang Ngah mengurut bonda. |
Aku dan ayahanda Atan. |
Hafez merenung tajam ke arah handphone-nya sampai keluar asap. |
Berbicara soal keluarga. |
"Mula-mula lipan tu jalan macam ni. Lepas tu dia melompat macam ni pulak. Terkejut mak!" |
Cucu saudaraku Hani yang longlai kerana demam. Peace dude! |
Koas, Zuan dan Is. |
No comments:
Post a Comment