Ibu-ibu dan makcik-makcik geng marhaban mula berzanji, mengaji, baca marhaban, berselawat, bernasyid sejurus mereka masuk ke dalam rumah. Agak lama juga acara itu berlangsung. Kemudian semua berdiri. Berselawat ke atas Nabi beramai-ramai. Dan calon yang jambulnya akan dicukur diarak keliling ruang tamu tiga kali. Namanya aalah baby Adrian, anakanda kepada Hairi dan Nadia. Juga merupakan cucu saudara isteriku. Bayi yang sangat comel itu diam tenang tatkala suara menjunjung kehebatan Nabi memenuhi ruang kamar tamu. Setelah bertawaf tiga kali, rambut / jambul baby Adrian mula dicantas secara bergilir-gilir oleh ibu-ibu kumpulan marhaban. Baby Adrian masih diam tenang. Semua hadirin mengagumi ketenangan dan kecomelan baby Adrian.
|
Kaum ibu geng marhaban membaca doa. |
|
Bonda Nadia mendukung anakanda Adrian membawanya berarak sekeliling ruang tamu. |
|
Baby Adrian tetap tenang. |
|
Menabur bunga rampai di kepala baby Adrian. |
Dengan terpotongnya rambut / jambul baby Adrian, maka terjawablah sudah persoalan para remaja penyimpan jambul hensem. Cebisan rambut yang dipotong dimasukkan ke dalam buah kelapa kecil yang telah diukir cantik berbiku-biku. Ada makcik yang kehausan nak minum air kelapa itu, telah ditegah oleh kawan-kawannya. Akhirnya makcik tu minum air sirap dalam gelas aje. Setelah setiap ahli kumpulan marhaban melaksanakan tugas memotong jambul, kini tibalah pula giliran saudara-mara terdekat untuk menggondoli kepala baby Adrian. Bermula dengan moyang Tok Pon.
|
Moyang Atok Pon memotong rambut berhati-hati. |
|
Nenda Anjang tak mau ketinggalan memotong rambut baby Adrian. |
|
Makcik Azira gembira kerana bunga rampai yang dibawanya laris di pasaran. |
|
Lagi saat-saat jambul dicukur. |
|
Berselawat ke atas junjungan besar Nabi. |
|
"Moh nenek potongkan rambut cucu, ya". |
|
Nenek mensyampu rambut baby Adrian biar lembut, bersinar dan bersih dari kelemumur. |
Sementra menanti tetamu perempuan selesai menggunting rambut baby Adrian, tetamu lelaki sibuk mengasah gunting dan pisau cukur untuk mengerjakan pula jambul baby Adrian. Tangan masing-masing menggigil kerana tak sabar-sabar hendak beraksi. Aku tak terkecuali. Acara mencukur jambul oleh kaum ibu disudahi dengan membaca doa. Dan baby Adrian yang sejak tadi tenang, masih kekal dengan momentum ketenangan itu. Dia tidak gusar dengan kehadiran orang ramai, mau pun resah dengan bingit suara tetamu yang tak difahami maknanya.
Bersambung...
|
Moyang Atuk Atan dan Atuk menanti giliran dengan sabar. |
|
Nenda punya giliran pulak. |
|
Granny Chu memilih helaian rambut terbaik untuk dipotong. |
|
Baby Adrian sudah semakin letih dan mengantuk. |
|
Acara sudah selesai. |
|
Masih menunggu. |
|
Keluarga bahagia Hairi-Nadia-Adrian. |
|
Membaca doa penutup. |
|
Masa untuk rehat. |
|
Baby Adrian yang comel. Comel kan? |
|
Isteriku bersama Qalif, sepupu Adrian. |
|
Kelapa berhias. Bunga rampai tu aku dan isteri yang mengerjakannya pada sebelah malam semalam. |
No comments:
Post a Comment